Import dan eksport nota pada Mac
Anda boleh mengimport fail teks ke dalam Nota, mengeksport nota sebagai fail PDF atau membuka nota dalam Pages.
Petua: Jika anda menyimpan nota dalam akaun internet—contohnya, iCloud, Google, Yahoo, atau AOL—anda boleh tambah akaun tersebut ke Nota pada Mac anda untuk mengakses semua nota anda pada satu tempat tanpa mengimport setiap nota satu demi satu. Lihat Tambah atau keluarkan akaun dalam Nota.
Import fail teks ke dalam Nota
Jika anda menggunakan nota iCloud dinaik taraf atau nota disimpan pada Mac anda, anda boleh import fail teks ke dalam Nota sebagai nota individu. Anda juga boleh import fail dalam format TXT, RTF, RTFD, HTML, atau Evernote XML Export (ENEX).
Jika anda mempunyai macOS 13 atau lebih baharu, anda juga boleh mengimport tag daripada fail Evernote (ENEX).
Dalam app Nota pada Mac anda, dalam bar sisi, klik folder dalam akaun (iCloud atau Pada Mac Saya) yang anda mahu import fail kepadanya.
Pilih Fail > Import ke Nota.
Pilih satu atau lebih fail, atau pilih folder untuk import semua fail teks di dalamnya. Jika anda pilih folder, klik “Kekalkan struktur folder pada import” untuk mengekalkan nota diimport disusun seperti dalam folder. (Jika anda tidak melihat pilihan ini, klik Pilihan.)
Klik Import.
Nota baharu anda (dan folder, jika ada yang anda import) muncul dalam folder Nota Diimport. Anda kini boleh alih atau namakan semula nota dan folder seperti biasa. Lihat Perihal akaun dan folder.
Petua: Untuk menambah fail bukan teks, seperti PDF atau fail imej, ke dalam Nota, anda boleh melampirkannya kepada nota dengan mudah. Lihat Lampirkan foto, PDF dan banyak lagi.
Eksport nota
Anda boleh eksport nota sebagai fail PDF.
Dalam app Nota pada Mac anda, klik nota yang anda mahu eksport.
Pilih Fail > Eksport sebagai PDF.
Jika anda mahu, anda boleh menaip nama baharu untuk PDF anda dan menambah tag yang anda boleh cari dalam Finder.
Klik Simpan.
Buka nota dalam Pages
Anda boleh membuka nota dalam Pages untuk mencipta dokumen baharu, dan bukannya menyalin dan menampal kandungannya.
Dalam app Nota pada Mac anda, klik nota yang anda mahu eksport.
Pilih Fail > Buka dalam Pages. (Jika anda tidak melihat pilihan ini, kemas kini app Pages ke versi terkini.)
Kandungan nota kelihatan dalam dokumen Pages dan mengekalkan pemformatan seperti bulet, inden dan teks tebal.
Dalam app Pages, klik Simpan.
Secara lalai, nama fail sama dengan tajuk nota. Anda juga boleh menaipkan nama fail yang berbeza di sebelah Simpan Sebagai.
Klik Simpan.
Nota: Selepas anda membuka nota dalam Pages, anda akan mempunyai dua versi yang berasingan. Perubahan yang anda buat dalam nota menggunakan app Nota tidak diselaraskan ke dokumen Pages dan sebaliknya.
Petua: Anda juga boleh mengeksport semua nota anda daripada app Nota Lekat ke dalam Nota. Ia muncul dalam folder Nota Diimport, dengan subfolder untuk setiap warna nota. Lihat Panduan Pengguna Nota Lekat.