Mulakan Nota Cepat pada Mac
Dengan Nota Cepat, anda boleh mencatat idea dan menambah pautan tanpa mengira apa-apa yang anda lakukan pada Mac anda. Nota Cepat anda kekal kelihatan pada skrin semasa ia terbuka, supaya anda boleh memilih dan menambah maklumat dengan mudah daripada app lain.
Mulakan Nota Cepat
Jika anda bekerja dalam app lain dan mahu menulis sesuatu, anda boleh memulakan Nota Cepat dengan mudah. Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Gunakan pintasan papan kekunci: Tekan dan tahan kekunci Fn atau kekunci Glob , kemudian tekan Q.
Gunakan sudut pantas: Gerakkan penuding ke penjuru kanan bawah skrin (sudut pantas lalai untuk Nota Cepat), kemudian klik nota yang kelihatan. Untuk menukar atau menyahaktifkan sudut pantas, lihat Gunakan sudut pantas.
Gunakan Safari: Lihat Tambah pautan Safari ke Nota Cepat atau Tambah kandungan daripada Safari ke Nota Cepat.
Untuk menutup Nota Cepat, klik butang Tutup merah di penjuru kiri atas nota. Untuk membuka Nota Cepat lagi, gunakan mana-mana kaedah di atas.
Untuk sentiasa memulakan Nota Cepat baharu (berbanding membuka Nota Cepat sebelumnya), pilih Nota > Seting, kemudian nyahpilih “Sentiasa teruskan ke Nota Cepat terakhir”.
Tambah pautan Safari ke Nota Cepat
Dalam app Safari pada Mac anda, buka halaman web yang anda mahu pautkan.
Klik butang Kongsi , kemudian pilih Nota Cepat Baharu atau Tambah ke Nota Cepat.
Apabila anda kembali ke kandungan yang dipautkan dalam halaman web, imej kecil Nota Cepat kelihatan di penjuru skrin untuk mengingatkan perkara yang anda catatkan sebelum ini.
Anda juga boleh menambah pautan ke halaman web dan app lain dalam Nota.
Tambah kandungan daripada Safari ke Nota Cepat
Anda boleh menyerlahkan teks dalam halaman web dan menambahnya terus pada Nota Cepat.
Dalam app Safari pada Mac anda, buka halaman web, kemudian pilih teks yang anda mahu tambah Nota Cepat.
Control-klik teks, kemudian pilih Nota Cepat Baharu atau Tambah ke Nota Cepat.
Pautan kelihatan dalam Nota Cepat dan teks dalam Safari diserlahkan. Apabila anda melawat halaman web lagi kemudian, teks masih lagi diserlahkan.
Untuk mengeluarkan serlahan, padam pautan Safari daripada Nota Cepat.
Edit Nota Cepat
Nota Cepat anda kelihatan dalam folder Nota Cepat dalam app Nota. Anda boleh mengeditnya untuk menambahkan jadual, tag dan banyak lagi. Lihat mana-mana daripada berikut:
Nota: Anda tidak boleh mengunci Nota Cepat.