Import dan eksport nota pada Mac
Anda boleh mengimport fail teks ke dalam Nota atau mengeksport nota sebagai fail PDF.
Petua: Jika anda menyimpan nota dalam akaun Internet—contohnya, iCloud, Google, Yahoo, atau AOL—anda boleh tambah akaun tersebut ke Nota pada Mac anda untuk mengakses semua nota anda pada satu tempat tanpa mengimport setiap nota satu demi satu. Lihat Tambah atau keluarkan akaun dalam Nota.
Import fail teks ke dalam Nota
Jika anda menggunakan nota iCloud dinaik taraf atau nota disimpan pada Mac anda, anda boleh import fail teks ke dalam Nota sebagai nota individu. Anda juga boleh import fail dalam format TXT, RTF, RTFD, HTML, atau Evernote XML Export (ENEX).
Dalam app Nota pada Mac anda, dalam bar sisi, klik folder dalam akaun (iCloud atau Pada Mac Saya) yang anda mahu import fail kepadanya.
Pilih Fail > Import.
Pilih satu atau lebih fail, atau pilih folder untuk import semua fail teks di dalamnya. Jika anda pilih folder, klik “Kekalkan struktur folder pada import” untuk mengekalkan nota diimport disusun seperti dalam folder. (Jika anda tidak melihat pilihan ini, klik Pilihan.)
Klik Import.
Nota baru anda (dan folder, jika ada yang anda import) muncul dalam folder Nota Diimport. Anda kini boleh alih atau namakan semula nota dan folder seperti biasa. Lihat Perihal folder.
Petua: Untuk menambah fail bukan teks, seperti PDF atau fail imej, ke dalam Nota, anda boleh melampirkannya kepada nota dengan mudah. Lihat Lampirkan foto, pautan dan banyak lagi.
Eksport nota
Anda boleh eksport nota sebagai fail PDF.
Dalam app Nota pada Mac anda, klik nota yang anda mahu eksport.
Pilih Fail > Eksport sebagai PDF.
Petua: Anda boleh mengeksport semua nota anda daripada app Nota Lekat ke dalam Nota. Ia muncul dalam folder Nota Diimport, dengan subfolder untuk setiap warna nota. Lihat Panduan Pengguna Nota Lekat.