Tambah dan keluarkan folder dalam Nota pada Mac
Anda boleh mencipta folder untuk menyusun nota anda. Anda juga boleh isih nota anda dalam folder tersebut.
Mencipta folder baru
Dalam app Nota pada Mac anda, pilih folder dalam bar sisi dalam akaun di tempat yang anda mahu cipta folder baru. Jika bar sisi tidak ditunjukkan, klik butang Bar Sisi .
Pilih Fail > Folder Baru, kemudian namakan folder.
Untuk memindahkan nota ke folder baru, pilih dan seret nota ke folder (Option-seret untuk menyalin nota).
Anda tidak boleh mengalih nota ke folder "Semua [akaun]". Lihat Perihal folder. Jika anda memindahkan nota daripada akaun Internet lain ke akaun iCloud dinaik taraf, anda boleh mengakses semua ciri yang sama dalam nota tersebut.
Namakan semula atau pindahkan folder
Dalam app Nota pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Ubah nama folder: Control-klik folder itu, kemudian pilih Namakan Semula Folder.
Tempatkan satu folder ke dalam folder lain: Seret folder itu ke atas folder yang lain.
Pindahkan folder ke luar dari dalam folder lain: Seret folder ke folder “Semua [akaun]”.
Selepas dialihkan ke aras teratas, folder muncul dalam senarai yang diisih mengikut susunan abjad.
Padam folder
Dalam app Nota pada Mac anda, pilih folder dalam bar sisi. Jika bar sisi tidak ditunjukkan, klik butang Bar Sisi .
Klik butang Padam atau tekan Delete (atau gunakan Touch Bar).
Nota dalam folder yang anda padamkan adalah dialihkan ke folder Terbaru Dipadam, di mana ia kekal untuk 30 hari. Anda boleh lihat dan pulih semula nota yang anda padam pada 30 hari terakhir. Selepas itu, nota dikeluarkan secara kekal dikeluarkan dari semua peranti anda yang disediakan dengan akaun tersebut.
Anda tidak boleh memadam folder “Semua [akaun],” Nota, atau Terbaru Dipadam, tetapi anda boleh memadam nota didalamnya. Jika anda memadam semua nota dalam folder Terbaru Dipadam, ia hilang sehingga anda memadam lebih banyak nota. Lihat Padam nota.