Tambah atau keluarkan akaun dalam Nota pada Mac
Jika anda menyimpan nota dalam akaun Internet—contohnya, iCloud, Google, Yahoo, atau AOL—anda boleh tambah akaun tersebut ke Nota pada Mac anda.
Nota: Anda tidak perlukan akaun Internet untuk menggunakan Nota. Anda boleh menyimpan nota hanya pada Mac anda, tetapi nota ini tidak akan muncul pada peranti lain anda.
Tambah akaun
Untuk mendapatkan maklumat tentang menggunakan iCloud dengan Nota, lihat Perihal menggunakan Nota iCloud. Untuk menambah akaun jenis lain, ikuti langkah ini.
Dalam app Nota pada Mac anda, pilih Nota > Akaun, kemudian pilih jenis akaun.
Jika anda tidak melihat jenis akaun anda, klik Tambah Akaun Lain, kemudian pilih akaun.
Masukkan maklumat akaun anda dan daftar masuk.
Pastikan kotak semak Nota dipilih untuk akaun itu.
Setiap akaun yang anda tambah disenaraikan secara berasingan di bar sisi. Jika bar sisi tidak ditunjukkan, klik butang Bar Sisi .
Pastikan anda sediakan peranti iOS anda untuk menggunakan akaun nota yang sama, supaya nota anda kekal terkini merentas semua peranti anda. Lihat bahagian “Mulakan” dalam panduan pengguna iPhone, iPad, atau iPod touch. Untuk peranti yang tidak menggunakan versi iOS terkini, dapatkan panduan pengguna dari tapak web manual Sokongan Apple.
Berhenti menggunakan akaun buat sementara waktu
Dalam app Nota pada Mac anda, pilih Nota > Akaun.
Pilih akaun, kemudian nyahpilih kotak semak Nota.
Nota akaun ini tidak tersedia sehingga anda pilih kotak semak semula.
Untuk menggunakan lagi akaun tersebut dalam Nota, pilih kotak semak Nota.
Keluarkan akaun
Dalam app Nota pada Mac anda, pilih Nota > Akaun.
Pilih akaun, kemudian klik butang Keluarkan .
Apabila anda mengeluarkan akaun, nota akaun dipadamkan dan tidak lagi tersedia pada Mac tersebut. Salinan nota kekal dalam akaun Internet anda (contohnya, iCloud.com atau Yahoo) dan sebarang peranti Mac atau iOS yang anda telah sediakan.
Petua: Jika anda menggunakan Handoff, anda boleh bertukar antara Mac anda dan peranti lain semasa menulis, mengubah suai, atau melihat nota. Untuk membuka nota dihantar ke Mac anda, klik ikon Handoff Nota yang muncul dalam Dock.