Gunakan nota daripada akaun Internet anda
Jika anda menyimpan nota dalam akaun Internet—contohnya, iCloud, Google, Yahoo, atau AOL—anda boleh tambah akaun tersebut ke Nota pada Mac anda dan akses semua nota anda pada satu tempat. Anda boleh lihat, tambah dan edit nota dalam app Nota pada semua peranti anda yang menggunakan akaun yang sama dan perubahan anda muncul di mana-mana sahaja—supaya anda sentiasa mempunyai nota terkini.
Nota: Anda tidak perlukan akaun Internet untuk menggunakan Nota. Anda boleh menyimpan nota hanya pada Mac anda, tetapi nota ini tidak akan muncul pada peranti lain anda.
Tambah akaun
Untuk mendapatkan maklumat tentang menggunakan iCloud dengan Nota, lihat Sediakan iCloud pada Mac anda. Untuk menambah akaun jenis lain, ikuti langkah ini.
Pilih Nota > Akaun, kemudian pilih jenis akaun.
Jika anda tidak melihat jenis akaun anda, klik Tambah Akaun Lain, kemudian pilih akaun.
Masukkan maklumat akaun anda, kemudian klik Daftar Masuk.
Pastikan kotak semak Nota dipilih untuk akaun itu.
Setiap akaun yang anda tambah disenaraikan secara berasingan di bar sisi. Jika bar sisi tidak ditunjukkan, klik butang Bar Sisi .
Pastikan anda sediakan peranti iOS anda untuk menggunakan akaun nota yang sama, supaya nota anda kekal terkini merentas semua peranti anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat bahagian “Bermula” daripada panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch. Untuk peranti yang tidak menggunakan versi iOS terkini, dapatkan panduan pengguna dari tapak web manual Sokongan Apple.
Berhenti menggunakan akaun buat sementara waktu
Pilih Nota > Akaun.
Pilih akaun, kemudian nyahpilih kotak semak Nota.
Nota akaun ini tidak tersedia sehingga anda pilih kotak semak semula.
Untuk menggunakan lagi akaun tersebut dalam Nota, pilih kotak semak Nota.
Keluarkan akaun
Pilih Nota > Akaun.
Pilih akaun, kemudian klik butang Keluarkan .
Apabila anda mengeluarkan akaun, nota akaun dipadamkan dan tidak lagi tersedia pada Mac anda. Salinan nota kekal dalam akaun Internet anda (contohnya, iCloud.com atau Yahoo) dan sebarang peranti iOS yang anda telah sediakan.
Jika anda simpan nota dalam iCloud, anda boleh lihat, tambah dan edit nota tersebut di iCloud.com. Jika anda menaik taraf nota anda, anda boleh gunakan gaya perenggan, tambah senarai semak, lampirkan lokasi peta, kunci nota dan juga tambah orang ke nota anda untuk bekerjasama dengan mereka. (Jika anda mengalihkan nota daripada akaun Internet lain ke akaun iCloud dinaik taraf, anda boleh mengakses semua ciri yang sama dalam nota tersebut.) Nota iCloud dinaik taraf hanya kelihatan pada peranti yang menggunakan OS X 10.11 atau lebih baru atau iOS 9 atau lebih baru. Jika anda kunci nota, ia hanya kelihatan pada peranti dengan iOS 9.3 atau lebih baru atau OS X 10.11.4 atau lebih baru. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Apakah iCloud.
Petua: Jika anda menggunakan Handoff, anda boleh bertukar antara Mac anda dan peranti lain semasa menulis, mengubah suai, atau melihat nota. Untuk membuka nota dihantar ke Mac anda, klik ikon Handoff Nota yang muncul di bahagian kiri Dock.