Nota iCloud

Anda boleh menyimpan nota dalam iCloud supaya anda boleh melihat dan mengeditnya pada semua peranti anda dan juga pada iCloud.com. Nota disimpan dalam iCloud muncul di bawah iCloud dalam bar sisi app Nota. Jika anda tidak melihat iCloud dalam bar sisi, anda perlu mendaftar masuk ke iCloud dan aktifkan ciri Nota dalam keutamaan iCloud.

  • Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik iCloud, kemudian tandakan kotak semak Nota untuk mengaktifkannya.

Jika anda lihat butang Naik Taraf di sebelah iCloud dalam bar sisi app Nota, anda masih belum menaik taraf nota anda lagi. Ini bermakna sehingga anda menaik taraf, anda tidak boleh gunakan gaya perenggan atau senarai semak, menggunakan Pelayar Lampiran atau folder Terbaru Dipadam (untuk storan sementara item yang dipadam), kunci nota anda, atau menambah orang ke nota.

Jika anda menaik taraf nota, anda boleh lihat dan editnya pada peranti lain dengan OS X v10.11 atau lebih baru atau iOS 9 atau lebih baru yang didaftar masuk ke iCloud menggunakan Apple ID yang sama. Anda tidak dapat akses nota dinaik taraf pada peranti dengan versi OS X atau iOS lebih awal. Juga, sebarang nota yang anda cipta atau edit pada peranti itu tidak akan muncul pada peranti dengan nota yang dinaik taraf.

Apabila anda menaik taraf, kebanyakan format dalam nota anda kekal sama. Walau bagaimanapun, sebarang nota dengan format HTML (nota yang anda cipta dengan menyalin dan menampal daripada tapak web) mungkin kelihatan amat berbeza.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Sokongan iCloud.