Urus dokumen diimbas
Jika anda mempunyai peranti iOS dengan iOS 11 atau lebih baru, anda boleh gunakannya untuk imbas dokumen dan tambah dokumen diimbas ke nota dalam app Nota.
Dalam app Nota pada Mac, anda boleh lihat dokumen diimbas, serts pangkas, gunakan penapis, putar dan namakannya semula.
Lihat dokumen diimbas
Untuk mencari dokumen diimbas, lakukan mana-mana yang berikut:
Cari ia dalam nota yang ia ditambah ke dalamnya.
Cari dokumen diimbas menggunakan nama.
Buka Pelayar Lampiran dan cari dalam bahagian Imbasan atau bahagian Dokumen.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Pratonton dokumen diimbas: Pilih dokumen, kemudian tekan bar Space.
Buka dokumen diimbas: Dwiklik dokumen diimbas.
Ia dibuka dalam tetingkap Dokumen Diimbas, di mana anda boleh tandakannya dan buat pengeditan lain (lihat tugas berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut).
Petua: Untuk besarkan (zum masuk) atau kecilkan (zum keluar) paparan keseluruhan dokumen diimbas anda, klik butang Zum Masuk atau butang Zum Keluar . Anda juga boleh cubit untuk zum pada trackpad atau dwiketik trackpad untuk membesarkan ke dua kali ganda.
Pangkas dokumen diimbas
Anda boleh pangkas dokumen diimbas untuk fokus pada kawasan tertentu atau buang bahagian dokumen yang tidak diingini.
AMARAN: Jika anda telah menganotasikan dokumen menggunakan alat Penanda, pengeditan anda akan dipadam jika anda pangkas imej.
Dwiklik dokumen diimbas untuk membukanya dalam tetingkap Dokumen Diimbas.
Klik butang Pangkas (atau gunakan Touch Bar).
Seret pemegang pelarasan untuk mengurung kawasan yang anda mahu simpan dalam dokumen diimbas.
Apabila anda selesai membuat perubahan, lakukan mana-mana yang berikut:
Simpan perubahan anda: Klik Selesai.
Henti memangkas tanpa menyimpan perubahan anda: Tekan Escape (Esc) atau klik Batal.
Gunakan penapis pada dokumen diimbas
Anda boleh memberikan dokumen diimbas anda rupa khas menggunakan salah satu daripada empat penapis.
Dwiklik dokumen diimbas untuk membukanya dalam tetingkap Dokumen Diimbas.
Klik butang Gunakan Penapis (atau gunakan Touch Bar).
Klik penapis jika anda mahu (atau ketiknya dalam Touch Bar).
Putar dokumen diimbas
Anda boleh putar dokumen diimbas secara manual supaya ia berorientasi dengan cara yang anda mahukan.
AMARAN: Jika anda telah menganotasikan dokumen menggunakan alat Penanda, pengeditan anda akan dipadam jika anda putar imej.
Dwiklik dokumen diimbas untuk membukanya dalam tetingkap Dokumen Diimbas.
Klik butang Putar (atau gunakan Touch Bar).
Anda boleh putar dokumen berbilang kali untuk mengorientasikannya cara yang anda mahu.
Petua: Untuk songsangkan arah putaran, Option-klik butang Putar .
Namakan semula dokumen diimbas
Secara lalai, dokumen diimbas dinamakan Dokumen Diimbas. Anda boleh namakannya semula.
Pilih dokumen diimbas, kemudian pilih Edit > Namakan Semula Lampiran.
Taipkan nama baru, kemudian klik Simpan.