Bantuan Notes

Selamat Datang ke Nota

Dengan Nota, mudah untuk simpan fikiran cepat atau simpan perkara menarik untuk digunakan kemudian. Dan dengan iCloud atau akaun nota lain, anda boleh akses nota anda pada sebarang peranti.

Tetingkap Nota dengan bar sisi di sebelah kiri, senarai nota di tengah dan kandungan nota di sebelah kanan.
Senarai akaun dalam nota menunjukkan iCloud, Pada Mac Saya dan akaun lain seperti Google dan Yahoo.

Bawa nota ke mana sahaja anda pergi

Apabila anda menambah akaun Internet ke Nota, anda boleh menyimpan nota anda dengan anda tidak kira peranti mana yang anda gunakan—supaya anda boleh menyimpan resepi pada Mac anda, kemudian dapatkannya pada iPhone anda apabila anda membeli ramuan. Untuk menambah akaun, pilih Nota > Akaun.

Nota yang menyertakan foto sebuah dapur, perihalan idea model semula dapur dan senarai semak perkara untuk dilakukan.

Gambar bernilai seribu perkataan

Seret dan lepaskan gambar, filem, pautan dan fail lain ke dalam nota anda. Anda juga boleh menambah kandungan secara terus daripada Safari, Foto, Peta dan banyak app lain—klik butang Kongsi dalam app, kemudian pilih Nota.

Nota dengan resepi biskut cip coklat. Ikon Orang di sebelah kiri nama nota dalam senarai nota menandakan orang yang telah ditambah ke nota untuk kerjasama.

Bekerjasama dengan mudah

Tambah orang ke nota anda supaya ramai orang boleh bekerjasama pada nota yang sama. Klik butang Orang untuk mula bekerjasama pada nota.

Ketahui lebih lanjut tentang menggunakan nota pada semua peranti anda, melampirkan foto dan item lain, serta menambah orang ke nota.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.