![](https://help.apple.com/assets/59D1B0A2680CE2D9200B6FC9/59D1B0A2680CE2D9200B6FD0/ms_MY/86cbc41164d2fdaabfeaee51ddc94bdd.png)
Tambah jadual
Jika anda gunakan nota iCloud dinaik taraf pada macOS High Sierra 10.13, anda boleh tambah jadual ke nota anda.
Tambah jadual
Klik di tempat anda mahu menambah jadual.
Klik butang Jadual
atau pilih Format > Jadual.
Jadual kosong dengan dua baris dan dua lajur ditambah ke nota anda.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Taip dalam sel: Klik sel, kemudian mula menaip. Anda boleh gunakan cadangan menaip, jika tersedia.
Alih dalam jadual: Tekan Tab atau gunakan kekunci anak panah untuk beralih antara sel jadual.
Tampal teks dalam jadual: Klik sel, kemudian pilih Edit > Tampal.
Gaya dinamakan seperti Monospaced atau Heading dikeluarkan.
Pilih berbilang sel: Seret ke atas teks dalam satu atau lebih sel.
Kotak mengelilingi sel yang dipilih.
Jika anda mahu memilih keseluruhan baris atau lajur, lihat Uruskan baris dan lajur.
Alih jadual: Pilih jadual, kemudian seretnya ke lokasi baru.
Untuk menukar jadual kepada teks semula, klik di mana-mana dalam jadual, klik , kemudian pilih “Tukarkan Ke Teks.”
Uruskan baris dan lajur
Klik jadual, kemudian klik pemegang
di sebelah kiri baris untuk memilih baris tersebut, atau klik pemegang
di atas lajur untuk memilih lajur tersebut.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tambah atau keluarkan baris atau lajur: Klik anak panah bawah
, kemudian pilih pilihan.
Alihkan baris atau lajur: Selepas memilih baris atau lajur, klik dan tahan sehingga baris atau lajur kelihatan ternaik daripada jadual, kemudian seretnya ke kedudukan baru.
Salin baris atau lajur: Pilih Edit > Salin atau tekan Command-C.
Padamkan baris atau lajur: Pilih Edit > Padam atau tekan kekunci Delete.
Gunakan pemformatan pada baris atau lajur: Gunakan perintah dalam menu Format atau pintasan papan kekunci. (Anda boleh juga menggunakan Touch Bar.)
Anda juga boleh menambah baris baru ke bahagian bawah jadual dengan menekan Tab atau Return apabila anda berada dalam sel jadual terakhir.
Petua: Jika anda tidak perlukan baris kosong terakhir, tekan Return untuk mengeluarkannya.
Untuk menambah jadual ke nota, anda juga boleh:
Salin jadual daripada app lain (seperti Safari atau pages) dan tampalnya dalam Nota. Sesetengah pemformatan tidak disokong dalam Nota.
Pilih satu atau dua perenggan teks dalam nota, kemudian klik butang Jadual
atau pilih Format > Jadual. Teks dipilih ditukarkan menjadi jadual.