Tetingkap app Nota pada Mac, iPhone dan iPad, semuanya menunjukkan nota yang sama daripada iCloud.

Bermula dengan Nota

Catat fikiran dengan cepat, atau ambil nota yang lebih panjang dan terperinci. Ketahui perkara yang diperlukan untuk bermula dengan Nota pada Mac.

Bermula dengan Nota

Tetingkap app Nota pada Mac menunjukkan rakaman audio dalam isi nota. Transkripsi langsung rakaman audio ditunjukkan dalam panel.

Rakam dan transkripsikan audio

Rakam sesi audio terus dalam nota anda dan janakan transkrip audio langsung. Transkrip boleh dicari, jadi anda boleh menemui detik yang anda cari.

Cara merakam dan mentranskripsikan audio

Tetingkap app Nota yang dipangkas pada Mac yang menunjukkan pelbagai perbelanjaan—termasuk tambang penerbangan, penginapan, makanan, hari dan orang. Nota menyelesaikan masalah penambahan dan pendaraban secara automatik dalam baris.

Kira nombor, nilaikan ungkapan dan banyak lagi

Kira jawapan untuk aritmetik asas dan ungkapan rumit, serta bekerja juga dengan pemboleh ubah—terus daripada Nota. Sebaik sahaja anda menaip tanda sama dengan, Nota menyelesaikan ungkapan sebaris.

Cara menyelesaikan matematik

Tetingkap app Nota pada Mac menunjukkan serlahan warna berbeza.

Kod warnakan dunia anda

Dengan ciri gaya serlahan baharu, tandakan nota anda dengan cepat dan jadikan teks menonjol.

Cara memformatkan dan menyerlahkan teks

Tetingkap app Nota pada Mac menunjukkan nota yang menyertakan foto besar bukit dan gunung-ganang.

Gambar bernilai seribu perkataan

Seret dan lepaskan gambar, video, PDF dan fail lain ke dalam nota anda. Anda juga boleh menambah kandungan ke nota terus daripada Safari, Peta dan banyak app lain.

Cara menambah foto, fail dan banyak lagi

Untuk meneroka Panduan Pengguna Nota, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.