Kongsi nota dan bekerjasama dalam Nota pada Mac
Dalam Nota, anda boleh menghantar salinan nota kepada rakan. Anda juga boleh berkongsi pautan untuk menjemput orang bagi bekerjasama dalam masa nyata pada nota atau pada folder nota dalam iCloud dan semua orang akan melihat perubahan terkini.
Nota: Semua ciri Nota yang diterangkan dalam panduan ini tersedia semasa menggunakan nota iCloud. Sesetengah ciri tidak tersedia apabila menggunakan akaun daripada penyedia lain. Anda mesti menggunakan nota iCloud dinaik taraf untuk bekerjasama pada nota dikongsi.
Kongsi salinan nota
Pergi ke app Nota
pada Mac anda.
Buka nota yang anda mahu kongsi.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Daripada senarai nota atau paparan galeri: Control-klik nota yang anda mahu berkongsi, kemudian pilih Kongsi Nota. Anda juga boleh meleret kiri pada nota menggunakan dua jari pada trackpad (satu jari pada Magic Mouse), kemudian klik
.
Daripada nota: Klik
dalam bar alat.
Klik menu timbul, kemudian pilih Hantar Salinan.
Nota: Dengan berkongsi salinan, anda hanya menghantar salinan statik nota—penerima tidak boleh membuat perubahan kepada nota atau melihat versi dinaik taraf nota melainkan anda menghantarnya kepada mereka sekali lagi.
Bekerjasama pada nota atau folder nota menggunakan iCloud
Untuk bekerjasama dengan orang lain, anda boleh berkongsi pautan pada nota atau folder nota dalam iCloud. Anda boleh mengesetkan orang yang boleh mengakses perkara yang anda kongsi dan mengesetkan keizinan pengeditan. Lihat Urus nota dan folder dikongsi.
Penting: Nota yang anda tambahkan ke folder dikongsi, dikongsi secara automatik dengan sesiapa yang berkongsi folder. Sebelum anda menambahkan nota ke folder dikongsi, pastikan kandungan nota ditujukan untuk semua orang yang berkongsi folder. Anda tidak boleh bekerjasama pada nota dikunci atau folder dengan nota yang dikunci.
Pergi ke app Nota
pada Mac anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Bekerjasama pada nota: Buka nota yang anda mahu kongsi, kemudian klik
dalam bar alat. Klik menu timbul, kemudian pilih Hantar Pautan.
Petua: Jika anda berkongsi nota dalam Mesej, anda mendapat kemas kini dalam perbualan Mesej apabila seseorang membuat perubahan kepada nota dikongsi.
Bekerjasama pada folder: Control-klik folder yang anda mahu kongsi, kemudian pilih Kongsi Folder.
Anda juga boleh mengklik
di sebelah folder dalam bar sisi, kemudian pilih Kongsi Folder.
Untuk menukar akses dan keizinan, klik “Orang yang anda pilih boleh mengedit”, kemudian setkan mana-mana yang berikut:
Orang yang boleh mengakses: Pilih “Orang Anda Pilih” atau “Sesiapa dengan Pautan”. Dengan “Orang yang anda pilih”, anda boleh mengaktifkan Permintaan Akses.
Nota: Meminta akses ke nota menghantar e‑mel ke alamat yang dikaitkan dengan Akaun Apple pemilik.
Keizinan: Pilih “Boleh edit” atau “Boleh melihat dan memuat turun”.
Untuk membuka dan mengedit nota dikongsi, lakukan mana-mana yang berikut:
Jika anda berkongsi nota: Pilih nota pada Mac anda atau di iCloud.com.
Jika nota dikongsi dengan anda oleh orang lain: Klik pautan yang anda terima, kemudian klik Buka.
Nota: Untuk keselamatan, anda hanya boleh membuka nota yang dikongsi oleh orang lain jika alamat e‑mel atau nombor telefon yang digunakan untuk menghantar jemputan kepada anda dikaitkan dengan Akaun Apple anda. Jika tidak, anda diminta untuk menambah alamat e-mel atau nombor telefon ke Akaun Apple anda. Lihat Sahkan alamat e-mel atau nombor telefon anda untuk membuka item dikongsi. Selepas anda membuka nota, ia kekal dalam senarai nota anda.
Untuk menyebut peserta dan memaklumkan mereka tentang kemas kini penting, taipkan tanda @ diikuti oleh nama mereka. Anda hanya boleh melihat nota dengan sebutan pada peranti yang mempunyai iOS 14.5, iPadOS 14.5, atau macOS 11.3 atau lebih baharu. Jika anda atau peserta lain menambah sebutan ke nota iCloud, nota tersebut disembunyikan untuk anda dan peserta pada sebarang peranti dengan versi iOS, iPadOS, atau macOS yang lebih awal. Ia juga tidak boleh dilihat di iCloud.com. Lihat Mengapa nota tersembunyi pada sesetengah peranti.
Lihat aktiviti dalam nota dikongsi
Anda boleh melihat butiran orang yang membuat perubahan dalam nota dikongsi. Semua peserta dengan nota dikongsi boleh melihat perubahan yang anda serta orang lain lakukan pada masa hampir nyata. Jika anda tidak mempunyai nota dibuka apabila seseorang membuat perubahan padanya, titik kuning kecil kelihatan di sebelah kiri nota dalam paparan senarai atau galeri nota untuk memberitahu anda bahawa terdapat perubahan belum dibaca.
Peserta yang mendayakan pengesahan dua faktor dan mengaktifkan Rantai Kunci iCloud dalam Seting Sistem boleh melihat perubahan orang lain secara serta-merta dan segi tiga berkod warna menunjukkan tempat orang lain bekerja dalam nota. Lihat Sediakan Rantai Kunci iCloud untuk mengisi auto maklumat.
Pergi ke app Nota
pada Mac anda.
Klik nota dikongsi, kemudian leret kanan dengan dua jari di atas teks dalam nota.
Anda juga boleh mengklik
atau imej hubungan peserta dalam bar alat, kemudian pilih Tunjukkan Serlahan.
Nama setiap peserta dan masa terakhir mereka mengedit nota, kelihatan di sebelah kiri, dikod warna untuk sepadan dengan teks yang mereka tukar.
Petua: Anda boleh melihat ringkasan kemas kini sejak kali terakhir anda melihat nota dan senarai aktiviti hari demi hari untuk setiap peserta. Klik
atau imej hubungan peserta dalam bar alat, kemudian pilih Tunjukkan Semua Aktiviti.
Lihat aktiviti dalam folder
Pergi ke app Nota
pada Mac anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Control-klik folder yang anda mahu berkongsi, kemudian pilih Tunjukkan Aktiviti Folder.
Klik
di sebelah folder dalam bar sisi, kemudian pilih Tunjukkan Aktiviti Folder.