Urus nota dan folder dikongsi dalam Nota pada Mac
Urus nota dan folder dikongsi dengan mengeluarkan akses, menukar keizinan melihat, menyembunyikan pemberitahuan dan banyak lagi. Lihat Kongsi nota dan bekerjasama dalam Nota.
Nota: Semua ciri Nota yang diterangkan dalam panduan ini tersedia semasa menggunakan nota iCloud. Sesetengah ciri tidak tersedia apabila menggunakan akaun daripada penyedia lain.
Tukar seting perkongsian
Perkara yang anda boleh lakukan dengan nota dan folder dikongsi bergantung pada keizinan yang pemilik berikan kepada anda.
Jika anda mempunyai keizinan lihat sahaja: Anda boleh mengeluarkan diri anda daripada nota, menyalin pautan dan memilih cara serlahan dan pemberitahuan kelihatan apabila peserta melakukan perubahan.
Jika anda mempunyai keizinan untuk membuat perubahan: Anda boleh melakukan semua di atas termasuk mengedit nota, menambah atau memadamkan nota atau subfolder dan mengalihkan nota atau subfolder keluar daripada folder utama. Lihat Tambah dan keluarkan folder.
Jika anda pemilik atau pemilik bersama: Anda boleh melakukan semua di atas serta menukar seting perkongsian untuk semua peserta sedia ada.
Pergi ke app Nota
pada Mac anda.
Control-klik nota atau folder yang anda mahu urus, kemudian pilih Urus Nota Dikongsi atau Urus Folder Dikongsi.
Petua: Untuk mengurus nota dikongsi, anda juga boleh mengklik
atau imej hubungan peserta dalam bar alat. Untuk folder dikongsi, klik
dalam bar sisi.
Jika folder atau nota dikongsi berada dalam folder dikongsi lain, anda mungkin perlu mengklik Tunjukkan Folder Dikongsi untuk membuat perubahan. Lakukan mana-mana daripada berikut:
Jemput peserta untuk bekerjasama: Klik Tambah Peserta di bahagian atas tetingkap.
Keluarkan akses atau batalkan jemputan: Untuk berhenti berkongsi dengan semua peserta, klik Henti Berkongsi di bahagian bawah tetingkap, kemudian klik Teruskan.
Untuk berhenti berkongsi dengan seorang peserta, gerakkan penuding di atas nama mereka. Klik
di sebelah kanan, kemudian pilih Keluarkan Peserta atau Batalkan Jemputan.
Nota: Peserta tidak lagi akan melihat nota, tetapi anda masih mempunyai akses kepadanya.
Tukar orang yang boleh melihat dan melakukan perubahan kepada nota atau folder: Untuk menukar seting keizinan bagi semua peserta, klik menu timbul Keizinan di bahagian bawah tetingkap, kemudian pilih pilihan.
Untuk menukar keizinan bagi seorang peserta, gerakkan penuding ke atas nama mereka dalam tetingkap. Klik
di sebelah kanan, kemudian pilih pilihan, seperti Pemilik Bersama atau Boleh Edit. Menjadikan peserta sebagai Pemilik Bersama membenarkan mereka mengurus peserta dan keizinan untuk semua orang kecuali pemilik.
Jemput lebih orang untuk bekerjasama: Klik Tambah Peserta, kemudian ikuti langkah untuk Bekerjasama pada nota atau folder nota.
Salin pautan: Klik Salin Pautan. Jika anda melihat nota atau folder yang berada dalam folder dikongsi lain, pautan yang anda salin ialah pautan ke folder utama.
Nota: Walaupun pemilik atau peserta boleh menyalin pautan untuk dihantar ke orang lain, hanya orang yang telah dijemput untuk membuka nota boleh menggunakan pautan tersebut.
Tinggalkan nota atau folder yang dikongsi dengan anda
Pergi ke app Nota
pada Mac anda.
Control-klik nota atau folder dikongsi yang anda mahu urus, kemudian klik Urus Nota Dikongsi atau Urus Folder Dikongsi.
Jika nota yang anda Control-klik berada dalam folder dikongsi, klik Tunjukkan Folder Dikongsi.
Klik Tinggalkan Perkongsian di bahagian bawah tetingkap.
Urus pemberitahuan
Peserta dan pemilik boleh memilih cara pemberitahuan kelihatan apabila orang lain membuat perubahan kepada nota. Pilihan pemilik tidak menjejaskan keutamaan paparan peserta dan sebaliknya.
Pergi ke app Nota
pada Mac anda.
Control-klik nota atau folder yang anda mahu urus, kemudian pilih Urus Nota Dikongsi.
Pilih “Sembunyikan isyarat”.
Anda boleh setkan pilihan ini hanya untuk nota individu—bukan untuk folder dikongsi.
Dengan pilihan ini dipilih, anda tidak akan dimaklumkan apabila peserta lain membuat perubahan pada nota ini.
Anda juga boleh menyerlahkan perubahan yang dilakukan oleh peserta. Semak Lihat aktiviti dalam nota dikongsi.