Hantar mesej kumpulan
Anda boleh menghantar mesej pada sekumpulan orang, menambah atau mengeluarkan orang daripada perbualan kumpulan (walaupun selepas ia telah bermula) dan meninggalkan perbualan kumpulan dalam Mesej.
Penting: Jika anda menghantar mesej kumpulan melalui iMessage, semua orang dalam kumpulan mesti mempunyai nombor telefon atau alamat e-mel yang didaftarkan dengan iMessage. Jika anda mempunyai iPhone dengan iOS 8 atau lebih baru, anda boleh menghantar mesej sebagai mesej SMS kepada ahli kumpulan yang mempunyai nombor telefon, walaupun mereka yang tidak didaftarkan dengan iMessage. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Sediakan iPhone anda untuk mesej teks SMS pada Mac anda.
Hantar mesej kumpulan
Anda boleh menghantar mesej kepada sekumpulan orang, kemudian namakan perbualan kumpulan anda supaya ia lebih mudah untuk menjejak dan mencarinya.
Dalam tetingkap Mesej, klik butang Karang (atau gunakan Touch Bar).
Taipkan nama, alamat e-mel atau nombor telefon dalam medan Kepada untuk setiap orang yang anda mahu mesej dihantarkan. Semasa anda menaip, Mesej mencadangkan alamat berpadanan daripada app Kenalan anda atau dari orang yang anda pernah hantarkan mesej.
Anda juga boleh klik butang Tambah di sebelah kanan medan Kepada. Klik kenalan dalam senarai, kemudian klik alamat e-mel atau nombor telefon.
Taip teks dalam medan mesej. Anda boleh gunakan cadangan menaip, jika tersedia. Untuk butiran lanjut tentang apa yang anda boleh sertakan, lihat Hantar mesej teks.
Tekan Return pada papan kekunci anda untuk menghantar mesej.
Untuk memberikan tajuk kepada perbualan kumpulan, klik Butiran, “Tambah nama kumpulan,” kemudian masukkan nama.
Tambah orang ke perbualan kumpulan
Anda boleh menambah orang pada perbualan kumpulan, walaupun selepas perbualan telah bermula.
Nota: Anda hanya boleh menambah orang pada perbualan kumpulan; anda tidak boleh menambah orang lain pada perbualan dengan satu orang.
Pilih perbualan kumpulan.
Klik Butiran, kemudian klik Tambah Ahli.
Masukkan maklumat kenalan untuk orang yang anda mahu tambah.
Keluarkan orang daripada perbualan kumpulan
Anda hanya boleh mengeluarkan orang dari perbualan kumpulan jika terdapat sekurang-kurangnya tiga peserta lain, tidak termasuk anda.
Pilih perbualan kumpulan.
Klik Butiran, pilih peserta yang anda mahu keluarkan, kemudian tekan Delete.
Anda juga boleh Control-klik peserta, kemudian pilih “Keluarkan dari Perbualan.”
Tinggalkan perbualan kumpulan
Apabila anda selesai berbual dengan kumpulan, anda boleh meninggalkan perbualan kumpulan.
Untuk meninggalkan perbualan kumpulan menggunakan iMessage, mesti terdapat sekurang-kurangnya tiga perserta lain.
Pilih perbualan kumpulan, klik Butiran, kemudian klik Tinggalkan Perbualan ini.
Jika anda mahu kekal dalam perbualan kumpulan tetapi berhenti menerima mesej pemberitahuan, pilih kotak semak Jangan Ganggu.