Susun kawan
Anda boleh membahagikan kawan dalam senarai kawan anda kepada kumpulan. Anda boleh gunakan senarai kawan dengan akaun Jabber, tetapi tidak dengan iMessage.
Cipta kumpulan kawan
Klik butang Tambah di bahagian bawah senarai kawan, kemudian pilih Tambah Kumpulan. Anda juga boleh Command-klik nama kawan yang anda ingin dalam kumpulan baru, kemudian pilih Kawan > Cipta Kumpulan Baru dengan Kenalan.
Tunjukkan dan sembunyikan kumpulan kawan
Tunjukkan atau sembunyikan semua kumpulan kawan: Pilih Lihat > Gunakan Kumpulan.
Buka atau tutup kumpulan kawan: Klik nama kumpulan dalam senarai kawan.
Tambah kawan ke kumpulan
Tambah kawan kepada satu kumpulan: Seret namanya ke dalam kumpulan.
Tambah beberapa kawan ke kumpulan: Command-klik nama mereka, kemudian seret mereka ke dalam kumpulan.
Tambah kawan ke lebih daripada satu kumpulan: Tekan terus Option dan seret kawan ke setiap kumpulan tambahan.
Susun kumpulan kawan
Alihkan kumpulan ke tempat berlainan dalam senarai kawan: Seret nama kumpulan sehingga garis biru muncul di mana anda ingin meletakkan kumpulan.
Gabungkan dua kumpulan: Seret salah satu kumpulan sehingga anda melihat segi empat tepat biru di sekeliling nama kumpulan kedua.
Kawan dalam kumpulan yang diseret digabungkan ke dalam kumpulan yang dipilih dan kumpulan yang diseret dipadamkan.
Namakan semula kumpulan kawan: Control-klik kumpulan, pilih Namakan Semula Kumpulan, taipkan nama baru, kemudian klik Namakan Semula.
Padam kumpulan: Control-klik namanya dalam senarai kawan, kemudian pilih Padam Kumpulan dari menu pintasan.
Jika anda ingin ahli kumpulan berada kekal dalam senarai kawan anda, seret mereka ke luar kumpulan sebelum memadamkan kumpulan.