iMessage

iMessage adalah perkhidmatan pemesejan selamat yang anda boleh gunakan untuk menghantar dan menerima mesej pada peranti Mac atau iOS anda.

Jika seseorang menghantar mesej ke alamat e-mel atau telefon anda menggunakan iMessage, anda menerima mesej itu pada semua peranti anda yang disediakan untuk menerima mesej yang dihantar ke alamat e-mel atau nombor telefon itu. Apabila anda melihat perbualan iMessage, anda melihat semua mesej termasuk yang dihantar daripada Mac atau daripada peranti iOS, oleh itu anda boleh bercakap dengan rakan anda di mana sahaja anda berada. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Kesinambungan untuk menyambungkan Mac, iPhone, iPad, iPod touch dan Apple Watch anda.

Anda perlu Apple ID untuk menggunakan iMessage. Jika anda membuat pembelian daripada iTunes Store atau App Store atau anda telah daftar masuk ke iCloud, anda mempunyai Apple ID. Jika anda tidak mempunyai Apple ID, anda boleh cipta satu dalam Mesej.