Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Beritahu orang lain yang anda baca mesej teks mereka
Anda boleh menghantar resit dibaca supaya orang yang anda berbual tahu yang anda telah membaca mesej mereka.
Anda boleh menghantar resit dibaca untuk semua perbualan yang anda adakan menggunakan satu akaun, atau hanya untuk satu perbualan. Jika anda mengaktifkan resit dibaca untuk satu akaun, anda masih boleh menyahaktifkannya untuk perbualan tunggal—dan sebaliknya.
Hantar resit dibaca untuk satu perbualan
Pilih perbualan, kemudian klik Butiran di sudut atas kanan.
Pilih Hantar Resit Dibaca.
Hantar resit dibaca untuk semua perbualan
Pilih Mesej > Keutamaan, kemudian klik Akaun.
Pilih akaun, kemudian pilih “Hantar resit dibaca.”