Ubah gambar anda
Jika anda menggunakan akaun Jabber, anda boleh menukar gambar, atau “ikon kawan,” yang muncul pada mesej anda dalam senarai kawan orang lain. Kenalan boleh memilih gambar yang berlainan untuk mewakili anda.
Jika anda menggunakan iMessage, orang lain melihat gambar yang mereka simpan untuk anda dalam app Kenalan mereka. (iMessage tidak menggunakan senarai kawan.)
Petua: Untuk menukar gambar anda dengan cepat, seret gambar daripada desktop anda ke monogram atau gambar semasa, kemudian klik Selesai.
Untuk membuka senarai kawan anda, pilih Tetingkap > Kawan. Atau, jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun Jabber dan anda tidak tunjukkan semua akaun anda dalam satu senarai, pilih nama akaun.
Klik monogram atau gambar semasa, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Gunakan gambar sistem lalai: Klik Lalai, kemudian pilih gambar daripada yang disediakan oleh macOS.
Gunakan gambar terbaru: Klik Terbaru, kemudian pilih gambar daripada gambar baru digunakan.
Petua: Pilih imej monogram untuk memadamkan gambar sebelumnya.
Ambil gambar anda menggunakan Mac anda: Klik Kamera, kemudian apabila anda sedia, klik butang Kamera .
Untuk mengedit gambar anda, klik Edit, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Zum masuk atau keluar: Seret penggelongsor di bawah gambar itu.
Alihkan gambar: Seret gambar di sekeliling dalam bulatan untuk menempatkannya semula.
Gunakan kesan: Klik butang Kesan , kemudian pilih kesan.
Klik Selesai.