Tambah atau keluarkan kawan
Anda boleh menambah atau mengeluarkan kawan daripada senarai kawan anda. Anda boleh gunakan senarai kawan dengan akaun Jabber, tetapi tidak dengan iMessage.
Tambah kawan
Jika anda telah mempunyai perbualan dengan seseorang, pilih perbualan, kemudian pilih Kawan > Tambah Kawan. Jika tidak, ikut langkah di bawah:
Dalam tetingkap senarai kawan, klik butang Tambah , kemudian pilih Tambah Kawan.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Jika orang yang anda ingin tambahkan disenaraikan dalam Kenalan, klik segi tiga pendedahan bersebelahan medan “Nama keluarga”, pilih namanya dari senarai, kemudian klik Tambah.
Jika Tambah dinyahdayakan, orang itu tidak mempunyai akaun pemesejan yang serasi dalam kad kenalannya.
Masukkan nama kawan orang itu dalam medan “Nama akaun” dan nama pertama dan nama akhir kawan dalam medan “Nama pertama” dan “Nama akhir”.
Pilih kumpulan untuk kawan ini dari menu timbul “Tambah ke kumpulan”. Jika anda tidak ingin menambah kawan ke kumpulan tertentu, pilih Kawan.
Klik Tambah.
Keluarkan kawan
Pilih kawan dalam senarai kawan, pilih Kawan > Keluarkan Kawan, kemudian klik Keluarkan.