Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Hantar klip audio
Anda boleh merakam Soundbite, atau klip audio dengan cepat dan hantarkannya kepada rakan dan bukannya menaip mesej anda. Rakan anda boleh memainkan rakaman terus dalam tetingkap Mesej.
Jika anda mahu membuat panggilan audio dan bukannya menghantar klip, lihat Buat panggilan audio FaceTime daripada Mesej.
Klik butang Soundbite untuk merakam mesej.
Untuk menyelesaikan rakaman, klik butang Berhenti .
Klik Hantar.
Selepas anda menghantar klip audio, ia akan hilang dari tetingkap Mesej anda selepas dua minit. Penerima akan masih dapat memainkan klip audio anda. Untuk mengekalkan klip audio dalam tetingkap Mesej anda, klik Simpan.