Setkan status anda
Anda boleh mengesetkan status Mesej anda supaya orang lain yang menghantar mesej kepada anda atau meletakkan anda dalam senarai kawan mereka boleh melihat sama ada anda tersedia untuk menerima mesej. (Anda boleh menggunakan senarai kawan dengan akaun Jabber, tetapi tidak dengan iMessage.)
Jika anda tidak setkan Mesej untuk menjadi luar talian apabila anda keluar, apabila seseorang menghantar anda mesej, pemberitahuan muncul. Anda boleh membuka Mesej daripada pemberitahuan, atau anda boleh menyahaktifkan pemberitahuan untuk perbualan. Kawan Jabber anda tidak boleh menghantar mesej kepada anda semasa anda di luar talian.
Anda boleh setkan status anda kepada mana-mana yang berikut:
Luar talian: Anda tidak tersedia untuk menerima mesej.
Halimunan: Menunjukkan anda berada di luar talian, walaupun anda sebenarnya berada dalam talian dan anda boleh lihat status sesiapa sahaja dalam senarai kawan anda.
Tersedia: Penunjuk status dalam senarai kawan berwarna hijau dan anda tersedia untuk membalas mesej.
Lagu iTunes Semasa: Tunjukkan nama lagu iTunes atau podcast yang anda sedang dengar.
Tidak Tersedia: Penunjuk status berwarna merah. Anda berada dalam talian, tetapi tidak tersedia atau tidak ingin menerima mesej. Kenalan masih boleh menghantar mesej kepada anda, tetapi status anda membolehkan mereka tahu bahawa anda mungkin tidak menjawab.
Khusus: Mesej status yang anda cipta.
Setkan status anda secara manual
Klik status anda di bahagian bawah kiri tetingkap Mesej, kemudian pilih status baru dari menu timbul.
Jika tetingkap Mesej tidak ditunjukkan, pilih Tetingkap > Mesej.
Bolehkan status anda berubah secara automatik
Pilih Mesej > Keutamaan, kemudian klik Umum.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Buatkan status anda berubah ke Tiada di Tempat selepas anda tidak menggunakan komputer anda melebihi 15 minit: Pilih “Setkan status saya ke Tiada Di Tempat selepas komputer tidak aktif.” Status anda juga bertukar ke Tiada Di Tempat jika penyelamat skrin muncul atau paparan tidur. (Jika komputer tidur, Mesej keluar.)
Pilih apa yang berlaku apabila anda kembali ke komputer anda selepas status anda disetkan ke Tiada di Tempat: Pilih pilihan dari menu timbul “Apabila saya kembali”.
Tunjukkan yang anda tidak tersedia untuk berbual apabila anda keluar dari Mesej: Pilih “Apabila saya keluar dari Mesej, setkan status saya ke Luar Talian.”
Apabila anda keluar dari Mesej, kawan anda melihat status anda sebagai Luar Talian. Jika mereka menghantar mesej kepada anda, anda tidak akan menerima mesej sehingga anda membuka Mesej.
Urus status dalam talian anda
Gunakan status sama untuk akaun berlainan: Klik status anda dalam tetingkap Mesej, kemudian pilih Gunakan Status Sama untuk Semua Akaun dari menu timbul.
Ubah status anda dari bar menu: Pilih Mesej > Keutamaan, klik Umum, kemudian pilih “Tunjukkan status dalam bar menu.”
Jika anda mahu untuk mengubah status Mesej anda dan menghantar mesej pada kawan yang tersedia apabila Mesej ditutup ,pilih pilihan “Tunjukkan status dalam bar menu” dan nyahpilih pilihan “Apabila saya keluar dari Mesej, set status saya ke Luar Talian”.
Menyesuaikan mesej status anda
Cipta dan gunakan mesej status baru: Klik status anda dalam tetingkap Mesej, pilih Tersedia Khusus atau Tiada Di Tempat Khusus dari menu timbul, taipkan mesej anda, kemudian tekan Return.
Urus mesej status anda: Klik mesej status anda di dalam senarai kawan, pilih Edit Menu Status dari menu timbul, kemudian lakukan sebarang yang berikut:
Tambah mesej status: Klik butang Tambah di bawah senarai Tersedia atau Tiada Di Tempat, taip mesej baru, kemudian tekan Return.
Edit mesej status: Dwiklik mesej, buat perubahan anda, kemudian tekan Return.
Keluarkan mesej status: Pilih mesej yang anda mahu keluarkan, kemudian klik butang Keluarkan .
Simpan mesej status Tersedia Khusus dan Tiada Di Tempat Khusus: Pilih pilihan dari menu timbul Ingat.
Ubah susunan mesej status dalam menu: Seret mereka ke atas atau bawah dalam senarai, atau di antara lajur Tersedia dan Tiada Di Tempat.