Simpan atau padam perbualan
Mesej menyimpan perbualan anda, oleh itu walaupun anda menyahaktifkan Mac anda atau mula menggunakan peranti lain, anda boleh meneruskan perbualan di mana anda berhenti. Anda boleh setkan Mesej untuk menyimpan perbualan atau memadamkannya apabila anda menutup perbualan. Jika anda setkan Mesej untuk menyimpan perbualan secara automatik, anda boleh menutup perbualan dan menyambungnya kemudian dengan sejarah perbualan disimpan.
Simpan perbualan secara automatik: Pilih Mesej > Keutamaan, klik Umum, kemudian pilih "Simpan sejarah apabila perbualan ditutup."
Setkan berapa lama untuk menyimpan mesej: Pilih Mesej > Keutamaan, klik Umum, kemudian klik menu timbul “Simpan mesej” dan pilih pilihan.
Penting: Jika anda memilih pilihan selain daripada Selamanya, perbualan anda (termasuk semua lampiran) dikeluarkan secara automatik selepas tempoh masa yang ditentukan berakhir.
Tutup perbualan: Gerakkan penuding ke atas perbualan, kemudian klik .
Nota: Jika perbualan disimpan secara automatik, anda boleh memulihkan perbualan ditutup dengan menggubah mesej teks baru ke individu atau kumpulan.
Tutup semua perbualan: Jika perbualan disimpan secara automatik, tekan Option-Shift-Command-W.
Padam perbualan: Pilih perbualan, kemudian pilih Fail > Padam Perbualan. Atau, jika anda mempunyai trackpad atau Magic Mouse, anda juga boleh meleret ke kiri dengan dua jari pada perbualan dalam bar sisi, kemudian klik Padam.
Jika anda menggunakan Mesej dalam iCloud, memadamkan perbualan pada Mac anda akan memadamkannya daripada semua peranti anda dengan Mesej dalam iCloud diaktifkan.
Nota: Untuk memadam mesej individu (termasuk teks, foto, video, fail, pautan web, klip audio atau emoji) di dalam perbualan, pilih satu atau lebih mesej dalam transkrip, kemudian tekan Padam.
Kosongkan semua mesej tanpa menutup perbualan: Pilih Edit > Kosongkan Transkrip.