Buat panggilan video FaceTime daripada Mesej
Anda boleh mulakan panggilan video FaceTime dalam Mesej.
Hantar mesej kepada kenalan yang anda mahu memulakan panggilan video dengannya.
Klik Butiran, kemudian klik butang Video untuk memulakan panggilan FaceTime dengan serta-merta.
Jika anda tidak melihat butang Video, anda mungkin perlu mendaftar masuk ke FaceTime. Anda boleh memilih peranti input audio untuk digunakan dalam keutamaan Bunyi dan kamera untuk digunakan daripada menu Video FaceTime.
Untuk memulakan panggilan FaceTime menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon berlainan yang disenaraikan dalam kad kenalan rakan anda, klik dan tahan butang Video .
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menggunakan FaceTime untuk membuat dan menjawab panggilan video, lihat Membuat panggilan video dan audio.
Apabila seseorang yang tidak mempunyai kamera menjawab panggilan video, mereka diwakili oleh gambar kawan dan meter aras bunyi dan bukannya video.