cadangan menaip

Jika Mac anda mempunyai Touch Bar, Touch Bar boleh menunjukkan perkataan atau frasa yang anda mungkin mahu gunakan seterusnya (dipanggil cadangan menaip), untuk membantu anda menjimatkan masa.

Tunjukkan cadangan menaip: Ketik butang Cadangan Menaip.

Touch Bar dengan butang untuk menunjukkan cadangan menaip di hujung kanan.

Gunakan cadangan menaip: Ketik perkataan, frasa, atau emoji. Pembetulan ejaan ditunjukkan dengan warna biru.

Cadangan menaip meunjukkan perkataan dan emoji, serta butang di sebelah kiri untuk menyembunyikan cadangan menaip.

Sembunyikan cadangan menaip: Ketik butang Tutup dalam Touch Bar.

Jika anda tidak melihat butang Cadangan Menaip dalam Touch Bar, pilih Paparan > Sesuaikan Touch Bar, kemudian pilih “Tunjukkan cadangan menaip.” Atau pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Papan Kekunci, klik Teks, kemudian pilih “Cadangan menaip Touch Bar.”