macOS High Sierra
![](https://help.apple.com/assets/5A540238680CE27D670ECE25/5A540239680CE27D670ECE2C/ms_MY/782d2206a89aa5cb338e5f6bad9ff771.png)
Keutamaan Maklumat Akaun untuk Jabber
Gunakan anak tetingkap Maklumat Akaun daripada keutamaan Akaun untuk mengesetkan pilihan untuk akaun Jabber anda.
Untuk membuka anak tetingkap ini dalam Mesej, pilih Mesej > Keutamaan, klik Akaun, pilih akaun Jabber, kemudian klik Maklumat Akaun.
Anda tidak boleh menukar seting akaun semasa anda log masuk. Pertama, setkan status anda ke Luar Talian.
Dayakan akaun ini | Pilih untuk buatkan akaun aktif; nyahpilih untuk buatkannya nyahaktif. Apabila anda buatkan akaun nyahaktif, status anda dipaparkan sebagai Luar Talian. Untuk butiran lanjut, lihat Sediakan untuk menghantar mesej teks dengan Jabber. | ||||||||||
Kata Laluan | Masukkan kata laluan anda pada pelayan mesej. | ||||||||||
Perihalan | Masukkan nama untuk akaun—contohnya, “Mesej Kerja.” Hanya anda dapat melihat nama ini. |