![](https://help.apple.com/assets/5A540238680CE27D670ECE25/5A540239680CE27D670ECE2C/ms_MY/782d2206a89aa5cb338e5f6bad9ff771.png)
Keutamaan Seting pelayan untuk Jabber
Gunakan anak tetingkap Seting Pelayan dari keutamaan Akaun dalam Mesej untuk menukar seting pelayan untuk Jabber. Dalam kebanyakan keadaan, anda tidak perlu mengubah seting ini. Jika anda perlu membuat perubahan, anda mesti nyahdayakan akaun dahulu.
Untuk melihat keutamaan ini dalam Mesej, pilih Mesej > Keutamaan, klik Akaun, pilih akaun Jabber, kemudian klik Seting Pelayan. Untuk nyahdayakan akaun, klik Maklumat Akaun, kemudian nyahpilih kotak semak “Dayakan akaun ini”.
Pelayan | Nama pelayan yang dilalui oleh semua komunikasi. Nota: Jika “Cari pelayan dan port secara automatik” ditanda, anda tidak boleh mengedit medan ini. | ||||||||||
Port | Port ini bergantung kepada konfigurasi pelayan yang mengendalikan mesej anda. Nota: Jika “Cari pelayan dan port secara automatik” ditanda, anda tidak boleh mengedit medan ini. | ||||||||||
Gunakan SSL | Pilih untuk mendayakan perbualan hanya apabila Lapisan Soket Selamat (SSL) tersedia. | ||||||||||
Mencari pelayan dan port secara automatik | Pilih untuk membuatkan maklumat pelayan dan port diisi secara automatik jika rangkaian anda menggunakan pelayan dan port tunggal. | ||||||||||
Memberi amaran sebelum menghantar kata laluan secara tidak selamat | Pilih untuk menunjukkan amaran jika kata laluan anda akan dihantar tanpa disulitkan. | ||||||||||
Beri amaran sebelum menghantar fail secara tidak selamat | Pilih untuk tunjukkan amaran jika fail akan dihantar tanpa disulitkan. | ||||||||||
Gunakan Kerberos v5 untuk pengesahan | Jika rangkaian Jabber anda menggunakan Kerberos untuk keselamatan, pilih kotak semak ini. | ||||||||||
Gunakan Seting Lalai | Klik untuk kembali ke seting pelayan lalai. |