![](https://help.apple.com/assets/5A540238680CE27D670ECE25/5A540239680CE27D670ECE2C/ms_MY/782d2206a89aa5cb338e5f6bad9ff771.png)
Keutamaan Seting perbualan untuk Jabber
Gunakan anak tetingkap Seting Perbualan dari keutamaan Akaun dalam Mesej untuk menyediakan pilihan perbualan untuk akaun Jabber anda.
Untuk melihat keutamaan ini dalam Mesej, pilih Mesej > Keutamaan, klik Akaun, pilih akaun, kemudian klik Seting Perbualan.
Anda tidak boleh menukar seting akaun semasa anda log masuk. Pertama, setkan status anda ke Luar Talian.
Nama Samaran | Masukkan nama samaran yang anda boleh gunakan untuk menyertai semua bilik perbualan tanpa nama. Untuk butiran lanjut, lihat Gunakan bilik perbualan. | ||||||||||
Dalam bilik perbualan, tunjukkan | Pilih bilangan maksimum mesej yang anda ingin tunjukkan dalam bilik perbualan. | ||||||||||
Keutamaan | Apabila anda mendaftar masuk ke akaun yang sama dari komputer yang berlainan pada masa yang sama, keutamaan dan status anda menentukan komputer yang menerima mesej. Sebagai contoh, andaikan anda mendaftar masuk ke Mesej sebagai Tersedia pada iMac dengan keutamaan 5, sebagai Tiada Di Tempat pada MacBook Air dengan keutamaan 15 dan sebagai Tersedia pada MacBook Pro dengan keutamaan 10. Jika mesej dihantar kepada anda, ia pergi ke MacBook Pro. MacBook Air Tiada Di Tempat dan di antara iMac dan MacBook Pro, MacBook Pro mempunyai keutamaan yang lebih tinggi kerana ia mempunyai bilangan yang lebih tinggi. | ||||||||||
Lokasi | Maklumat ini membantu mengenal pasti anda dalam senarai kawan Jabber orang lain. Anda boleh masukkan lokasi atau pilih “Gunakan nama komputer saya.” Untuk butiran lanjut, lihat Lihat senarai kawan anda. | ||||||||||
Gunakan Seting Lalai | Untuk kembali ke seting pelayan lalai, klik butang ini. |