Kawal akses ke kenalan anda pada Mac
Sesetengah app dan tapak web boleh menggunakan kenalan anda untuk membekalkan anda dengan perkhidmatan dan ciri-ciri. Sebagai contoh, app mungkin menggunakan kenalan anda untuk membantu anda menghantar e-mel atau berkongsi mesej dengan rakan.
Anda boleh tentukan app yang dibenarkan untuk menggunakan maklumat kenalan anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Privasi.
Pilih kenalan.
Pilih kotak semak bersebelahan app untuk membenarkannya akses kenalan anda.
Nyahpilih kotak semak untuk nyahaktifkan akses bagi app tersebut.
Jika anda menyahaktifkan akses untuk app, anda akan diminta untuk mengaktifkannya semula pada kali seterusnya app tersebut cuba menggunakan maklumat anda.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga untuk menggunakan maklumat kenalan anda, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Untuk pentadbir sistem yang mahukan maklumat tentang mengerahkan seting keselamatan, lihat Rujukan Pengerahan untuk Mac.