Kawal akses ke kenalan anda pada Mac
Sesetengah app dan tapak web boleh menggunakan kenalan anda untuk membekalkan anda dengan perkhidmatan dan ciri-ciri. Sebagai contoh, app mungkin menggunakan kenalan anda untuk membantu anda menghantar e-mel atau berkongsi mesej dengan rakan.
Anda boleh tentukan app yang dibenarkan untuk menggunakan maklumat kenalan anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Privasi.
Klik Kenalan.
Pilih kotak semak bersebelahan app untuk membenarkannya akses kenalan anda. Nyahpilih kotak semak untuk nyahaktifkan akses bagi app tersebut.
Jika anda menyahaktifkan akses untuk app, anda akan digesa untuk mengaktifkannya semula pada lain kali app cuba menggunakan maklumat anda.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga menggunakan maklumat kenalan, anda akan tertakluk pada terma dan polisi privasi mereka dan bukan Polisi Privasi Apple. Anda seharusnya menyemak semula syarat dan dasar privasi mereka untuk memahami cara mereka mengendalikan dan menggunakan maklumat anda. Lihat Dasar Privasi Apple.