![](https://help.apple.com/assets/605932B4A1B7A93F492858E8/605932C0A1B7A93F492858FF/ms_MY/106ba2d7107ef06182690a344e00b1ce.png)
Benarkan app untuk menggunakan maklumat kalendar anda
Sesetengah app dan tapak web boleh menggunakan maklumat kalendar anda untuk menyediakan perkhidmatan dan ciri kepada anda. Sebagai contoh, app mungkin menggunakan kalendar anda untuk membantu anda menyediakan peristiwa atau peringatan. Lihat Kawal akses ke kalendar anda.
Untuk membenarkan app atau tapak web menggunakan maklumat daripada kalendar anda, klik OK dalam dialog. Jika anda tidak mahu memberi keizinan penggunaan maklumat kalendar, klik Jangan Benarkan.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga untuk menggunakan maklumat kalendar anda, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Anda boleh semak semula dan menukar seting privasi anda menggunakan anak tetingkap Privasi daripada keutamaan Keselamatan & Privasi.
Pilih menu Apple
Buka anak tetingkap Privasi untuk saya