Benarkan app untuk menggunakan maklumat kalendar anda
Sesetengah app dan tapak web boleh menggunakan maklumat kalendar anda untuk menyediakan perkhidmatan dan ciri kepada anda. Sebagai contoh, app mungkin menggunakan kalendar anda untuk membantu anda menyediakan peristiwa atau peringatan. Lihat Kawal akses ke kalendar anda.
Untuk membenarkan app atau tapak web menggunakan maklumat daripada kalendar anda, klik untuk membenarkan akses dalam dialog. Untuk sesetengah app, anda boleh memberikan akses penuh ke semua kalendar anda, atau hanya benarkan peristiwa untuk ditambahkan ke kalendar anda. Jika anda tidak mahu memberi keizinan penggunaan maklumat kalendar, klik Jangan Benarkan.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga untuk menggunakan maklumat kalendar anda, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Anda boleh menyemak dan menukar app serta tapak web yang boleh menggunakan maklumat kalendar anda dalam seting Privasi & Keselamatan.
Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Privasi & Keselamatan dalam bar sisi, kemudian klik Kalendar di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)