Lindungi maklumat Mac anda dengan penyulitan
Menggunakan media yang boleh dikeluarkan, seperti CD, DVD, cakera yang boleh dikeluarkan, atau kad memori, telah menjadi cara yang popular untuk memindahkan maklumat. Walau bagaimanapun, jika media boleh keluar hilang atau dicuri, individu lain boleh mengakses data dengan melekapkan media pada komputer lain.
Jika anda mahu memastikan maklumat privasi atau yang sulit selamat pada media boleh keluar, anda perlu menyulitkan maklumat padanya.
AMARAN: Apabila anda sulitkan cakera atau media lain, format cakera ditukarkan ke format APFS dan kemudian disulitkan. Mac dengan versi macOS lebih lama yang tidak menyokong format APFS format tidak dapat membaca data peranti. Pertimbangkan sama ada anda perlu untuk menyambungkan media ke Mac dengan versi macOS lebih lama sebelum anda menyulitkan data. Anda juga boleh mengemas kini Mac lain anda ke versi terkini macOS yang menyokong format APFS.
Dalam Finder pada Mac anda, buka tetingkap, tekan Control-klik item yang anda mahu sulitkan dalam bar sisi.
Pilih Sulitkan [nama item] dari menu pintasan.
Cipta kata laluan untuk cakera dan klik Sulitkan Cakera.
Penting: Pastikan untuk merekod dan menyimpan kata laluan ini di tempat yang selamat. Anda tidak boleh mengakses data pada cakera yang disulitkan tanpanya.
Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk menyulitkan, bergantung kepada jumlah maklumat yang disimpan dalam Mac anda. Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakan Mac seperti biasa sementara cakera disulitkan.
Untuk nyahsulitkan cakera disulitkan, Control-klik cakera yang anda mahu nyahsulit, kemudian pilih Nyahsulit [nama item] dari menu pintasan. Lihat Bagaimana penyulitan FileVault berfungsi?