Benarkan app menjejak lokasi Mac anda
Perkhidmatan Lokasi membenarkan app dan tapak web mengumpul dan menggunakan maklumat berdasarkan lokasi semasa Mac anda. Lokasi anggaran anda ditentukan menggunakan maklumat dari rangkaian Wi-Fi setempat dan dikumpul oleh Perkhidmatan Lokasi dalam keadaan yang tidak menggambarkan identiti anda.
Nyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi , kemudian klik Privasi.
Klik Perkhidmatan Lokasi.
Jika kunci di bahagian kiri bawah dikunci , kliknya untuk membuka kunci anak tetingkap keutamaan.
Nyahpilih Dayakan Perkhidmatan Lokasi.
Jika anda menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi pada Mac anda, lokasi tertentu anda tidak dihantar ke Apple. Untuk memberikan cadangan carian yang berkaitan, Apple mungkin menggunakan alamat IP sambungan internet anda untuk menganggarkan lokasi anda dengan memadankannya kepada rantau geografi.
Walaupun anda menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi, aplikasi dan tapak web pihak ketiga masih boleh menggunakan cara lain untuk menentukan lokasi anda. Walau bagaimanapun, untuk tujuan keselamatan, maklumat lokasi Mac anda boleh digunakan untuk panggilan kecemasan bagi membantu usaha bantuan tidak kira sama ada anda telah mendayakan Perkhidmatan Lokasi anda atau tidak.
Tentukan app dan perkhidmatan sistem mana yang boleh menggunakan Perkhidmatan Lokasi
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi , kemudian klik Privasi.
Klik Perkhidmatan Lokasi.
Jika kunci di bahagian kiri bawah dikunci , kliknya untuk membuka kunci anak tetingkap keutamaan.
Pilih kotak semak bersebelahan app untuk membenarkannya menggunakan Perkhidmatan Lokasi. Nyahpilih kotak semak untuk nyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi bagi app tersebut.
Jika anda menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk app, anda akan diminta untuk mengaktifkannya semula pada kali seterusnya app tersebut cuba menggunakan data lokasi anda.
Skrol ke bawah senarai app untuk mendedahkan Perkhidmatan Sistem, kemudian klik butang Butiran untuk melihat perkhidmatan sistem tertentu yang menggunakan lokasi anda.
Untuk membenarkan lokasi Mac anda digunakan oleh Cadangan Siri dan Cadangan Safari, pilih Cadangan Berdasarkan Lokasi.
Untuk membenarkan Mac anda mengenal pasti tempat yang penting bagi anda dan menyediakan maklumat berkaitan yang berguna dalam Peta, Kalendar, Peringatan dan banyak lagi, pilih Lokasi Penting. Lokasi penting adalah disulitkan dan tidak boleh dibaca oleh Apple. Klik Butiran untuk melihat senarai lokasi yang telah dikenal pasti. Anda boleh memilih dan mengeluarkan lokasi daripada senarai atau klik > Kosongkan Sejarah untuk mengeluarkan semua lokasi.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga untuk menggunakan lokasi semasa anda, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Apabila anda menggunakan Cadangan Safari atau Cadangan Siri, lokasi Mac anda pada masa anda menghantar pertanyaan carian ke Safari atau Spotlight dihantar kepada Apple untuk menjadikan cadangan lebih berkaitan dan mempertingkatkan produk serta perkhidmatan Apple yang lain.