Jika lampu penunjuk papan kekunci, tetikus atau trackpad Mac anda berkelip
Apabila papan kekunci, tetikus atau trackpad wayarles Apple anda diaktifkan, lampu penunjuk berkelip dua kali berturut-turut, jeda, kemudian berulang (berkelip-berkelip-jeda, berkelip-berkelip-jeda). Ini bermaksud papan kekunci, tetikus, atau trackpad “boleh ditemui” oleh Mac anda dan anda boleh menyambungkannya dengan Mac anda. Selepas 3 minit, penunjuk lampu dinyahaktifkan. Papan kekunci, tetikus, atau trackpad masih lagi aktif, tetapi ia tidak lagi boleh ditemui. Untuk menjadikannya boleh ditemui semula, nyahaktifkannya, kemudian aktifkannya semula.
Apabila papan kekunci, tetikus, trackpad wayarles bersambung dengan Mac anda, lampu penunjuk memancarkan cahaya berterusan untuk 3 saat sebelum ia nyahaktif. Ini menunjukkan yang peranti telah berjaya bersambung dengan Mac anda.
Ketika Apple Magic Mouse anda disambungkan kepada Mac anda, lampu penunjuk berkelip pada selang yang tetap. Ia mungkin berkelip cepat atau lambat, tetapi dalam banyak keadaan, corak berkelip biasa bermaksud tetikus disambungkan ke Mac anda dan beroperasi dengan betul. Lampu penunjuk pada papan kekunci wayarles Apple tidak berkelip.