Tentukan pelayan DNS pada Mac
Pelayan Sistem Nama Domain (DNS) menukar nama internet ke alamat IP supaya anda tidak perlu mengetahui alamat IP pelayan yang anda cuba capai. Sebagai contoh, menggunakan pelayan DNS membenarkan anda mencapai tapak web Apple dengan menaip “apple.com/my” ke pelayar anda—anda tidak perlu mengetahui tapak web Apple berada dalam alamat IP pelayan yang mana. Dalam kebanyakan kes, komputer anda bersambung ke pelayan DNS secara automatik apabila anda bersambung ke internet, tetapi anda juga boleh memasukkan seting pelayan DNS secara manual.
Untuk mengetahui samada anda patut bersambung ke pelayan DNS yang tertentu dan apakah alamat yang perlu digunakan, semak dengan pentadbir rangkaian atau ISP anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian .
Pilih perkhidmatan yang anda gunakan untuk bersambung ke internet (seperti Ethernet) dalam senarai di sebelah kiri.
Pastikan alamat IP bagi setiap pelayan DNS yang anda mahu gunakan dimasukkan dengan betul dalam medan Pelayan DNS. Jika alamat tidak betul, klik Lanjutan, klik DNS, kemudian masukkan alamat yang betul.
Anda boleh masukkan alamat untuk beberapa pelayan dengan menaip koma di antara alamat.
Jika anda mendapat mesej seperti “pelayan tidak dijumpai” apabila anda cuba melawat tapak web, komputer anda mungkin tidak dapat hubungi pelayan DNS. Jika anda memilih pelayan DNS secara manual, anda mungkin memasukkan alamat pelayan DNS yang salah, atau pelayan DNS anda mungkin mengalami masalah.