Optimumkan seting tenaga untuk komputer buku Mac
Jika anda mempunyai komputer buku Mac, anda boleh mengoptimumkan tenaga yang diguna komputer anda untuk mendapatkan hayat bateri yang panjang apabila ia tidak disambungkan ke dalam salur keluar kuasa atau untuk mendapatkan prestasi terbaik apabila ia dipasang.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Bateri.
Anda boleh setkan komputer atau paparan tidur pada masa berlainan apabila anda sedang menggunakan bateri atau bersambung ke kuasa.
Setkan masa tidur untuk penggunaan bateri: Klik Bateri, kemudian seret gelangsar “Matikan paparan selepas”.
Setkan masa tidur untuk penggunaan penyesuai kuasa: Klik Penyesuai Kuasa, kemudian seret gelangsar “Matikan paparan selepas”.
Untuk menjimatkan tenaga, klik anak tetingkap Bateri atau Penyesuai Kuasa, kemudian pilih “Biarkan cakera keras tidur bila boleh”.
Untuk menjadikan paparan anda dimalapkan semasa menggunakan bateri anda, klik Bateri, kemudian pilih “Memalapkan paparan sedikit apabila menggunakan kuasa bateri”.