Tukar keutamaan Bateri pada komputer buku Mac
Gunakan Keutamaan Sistem Bateri untuk mengesetkan pilihan yang mengawal bateri dan penggunaan kuasa komputer anda. Cara anda mengesetkan pilihan ini boleh membantu anda memanjangkan hayat bateri anda.
Nota: Sesetengah daripada pilihan mungkin tidak tersedia, bergantung pada Mac anda.
Untuk membuka keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Bateri, kemudian klik Bateri lagi.
Buka anak tetingkap Bateri untuk saya
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Tunjukkan status bateri dalam bar menu | Memaparkan paras cas bateri dalam bar menu. |
Gelangsar “Matikan paparan selepas” | Seret gelangsar untuk mengesetkan jumlah masa komputer atau paparan anda harus menunggu sebelum tidur semasa pada kuasa bateri. |
Biarkan cakera keras tidur apabila boleh | Menidurkan pemacu keras apabila komputer tidak aktif. |
Malapkan paparan sedikit apabila menggunakan kuasa bateri | Mengurangkan kecerahan paparan semasa menggunakan kuasa bateri. |
Dayakan Power Nap semasa menggunakan kuasa bateri | Semak e-mel, kalendar dan kemas kini iCloud lain semasa tidur pada kuasa bateri. |
Penukaran grafik secara automatik | Untuk melanjutkan jangka hayat bateri anda, bertukar secara automatik antara mod grafik. |
Optimumkan penstriman video semasa menggunakan bateri | Semasa menggunakan kuasa bateri, mainkan video julat dinamik tinggi (HDR) dalam julat dinamik standard (SDR), yang memerlukan kurang tenaga. Lihat artikel Sokongan Apple Mainkan video HDR pada Mac anda. |
Pengecasan bateri dioptimumkan | Untuk mengurangkan penuaan bateri, pelajari daripada rutin pengecasan harian anda supaya komputer anda boleh menunggu untuk mengecas melebihi 80% sehingga anda perlu menggunakannya. |
Kesihatan Bateri | Memaparkan keadaan dan kapasiti bateri komputer anda, serta menyediakan pilihan untuk mengurusnya.
|
Pulihkan Lalai | Memulihkan semua keutamaan anda ke pilihan lalai. |