Kawal akses ke peringatan anda pada Mac
Sesetengah app dan tapak web boleh menggunakan peringatan anda untuk menyediakan perkhidmatan dan ciri kepada anda. Sebagai contoh, app mungkin menyediakan peringatan.
Anda boleh tentukan app yang dibenarkan untuk menggunakan maklumat peringatan anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Privasi.
Pilih Peringatan.
Pilih kotak semak bersebelahan app untuk membenarkannya akses maklumat daripada peringatan anda.
Nyahpilih kotak semak untuk nyahaktifkan akses bagi app tersebut.
Jika anda menyahaktifkan akses untuk app, anda akan diminta untuk mengaktifkannya semula pada kali seterusnya app tersebut cuba menggunakan maklumat anda.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga untuk menggunakan maklumat peringatan anda, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Untuk pentadbir sistem yang mahukan maklumat tentang mengerahkan seting keselamatan, lihat Rujukan Pengerahan untuk Mac.