Kawal akses ke peringatan anda pada Mac
Sesetengah app dan tapak web boleh menggunakan peringatan anda untuk menyediakan perkhidmatan dan ciri kepada anda.
Anda boleh tentukan app yang dibenarkan untuk menggunakan maklumat peringatan anda.
Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Privasi & Keselamatan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Peringatan.
Aktifkan atau nyahaktifkan akses ke peringatan anda untuk setiap app dalam senarai.
Jika anda menyahaktifkan akses untuk app, anda akan diminta untuk mengaktifkannya semula pada kali seterusnya app tersebut cuba menggunakan maklumat anda.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga untuk menggunakan maklumat peringatan anda, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Jika anda ialah pentadbir sistem dan mahukan maklumat tentang mengerahkan seting keselamatan, lihat Pengerahan Platform Apple.