Pilih gambar Apple ID anda pada Mac
Anda boleh memilih gambar, Memoji, emoji, atau imej lain untuk gambar Apple ID anda. Gambar Apple ID anda juga dipaparkan sebagai gambar log masuk pengguna anda dan sebagai Kad Saya anda dalam Kenalan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Apple ID .
Jika anda belum mendaftar masuk ke Apple ID anda, klik Daftar Masuk dan taipkan maklumat Apple ID anda. Ikuti arahan pada skrin.
Klik gambar di atas nama anda dalam bar sisi.
Dialog gambar Apple ID kelihatan.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Pilih Memoji: Klik Memoji, kemudian klik butang Tambah untuk memilih dan mencipta imej wajah. Atau pilih satu daripada Memoji yang dipaparkan, kemudian pilih lagak gaya dan gaya yang anda suka.
Pilih emoji: Klik Emoji, kemudian klik butang Tambah untuk memilih imej daripada pustaka emoji. Atau pilih satu daripada emoji yang dipaparkan dan pilih gaya.
Pilih monogram: Klik Monogram, pilih warna latar belakang, kemudian masukkan parap.
Ambil gambar menggunakan kamera Mac anda: Klik Kamera. Sediakan tangkapan anda, kemudina klik butang Kamera. Anda boleh mengambil semula foto sebanyak kali yang anda perlu.
Pilih foto daripada pustaka Foto anda: Klik Foto. Untuk melihat foto daripada album khusus, klik anak panah bersebelahan Foto dalam bar sisi, klik album yang anda mahu, kemudian pilih foto.
Petua: Untuk menggantikan gambar Apple ID semasa secara cepat dengan imej pada desktop anda, hanya seret imej daripada Finder ke gambar semasa.
Pilih imej dicadangkan: Klik Cadangan, kemudian pilih gambar.
Selepas anda memilih imej, anda boleh melaraskan rupanya. Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Laraskan lokasi imej: Seret gambar ke sekeliling di dalam bulatan.
Zum ke dalam atau ke luar: Seret gelangsar ke kiri atau ke kanan.
Klik Simpan.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar maklumat akaun Apple ID anda pada tapak web Apple ID, lihat halaman akaun Apple ID anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar seting akaun Apple ID menggunakan peranti iOS atau iPadOS, lihat “Uruskan seting Apple ID dan iCloud” dalam panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch.