Tukar keutamaan Wallet & Apple Pay pada Mac
Jika Mac atau Magic Keyboard anda mempunyai Touch ID, gunakan keutamaan Wallet & Apple Pay untuk menambah kad kredit, kad debit, kad prabayar, kad kedai dan Apple Card untuk membuat pembayaran di tapak web yang menyokong Apple Pay. Ketahui cara menggunakan Wallet & Apple Pay.
Untuk menukar keutamaan ini pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Wallet & Apple Pay .
Buka keutamaan Wallet & Apple Pay untuk saya
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Tambah Kad | Anda melihat Tambah Kad jika anda belum menambah kad. Nota: Jika anda tidak mendaftar masuk dengan Apple ID, anda akan diminta untuk mendaftar masuk. |
Kad Lalai | Pilih kad kredit, debit, prabayar, atau kad kedai yang digunakan oleh Apple Pay. Anda boleh memilih kad berlainan apabila anda membuat pembelian. Anda juga boleh menggunakan Apple Card sebagai kad lalai anda. Untuk mendapatkan maklumat tentang bermula dengan Apple Card, lihat tapak web Apple Card. |
Hubungan dan Penghantaran | Masukkan alamat penghantaran, alamat e-mel dan nombor telefon untuk digunakan dengan Apple Pay. |
Tambah | Tambah kad baharu. Anda boleh menambah kad menggunakan kamera komputer anda atau dengan menaip maklumat kad. Klik butang Tambah , kemudian ikuti arahan pada skrin. |
Keluarkan | Pilih kad, kemudian klik butang Keluarkan untuk mengeluarkannya. |
Transaksi | Lihat butiran transaksi terbaru untuk kad dipilih. Senarai mungkin termasuk hanya transaksi yang dibuat pada Mac ini atau semua transaksi terbaru, bergantung kepada kad. (Transaksi tidak tersedia untuk semua kad.) |
Alamat Pengebilan | Masukkan alamat pengebilan yang digunakan untuk kad dipilih. |
Nombor Akaun Peranti | Nombor yang unik untuk Mac anda dan kad dipilih. Nombor ini dijana oleh bank atau penyedia perkhidmatan yang dibenarkan oleh bank anda apabila anda menambah kad ke Wallet & Apple Pay. Nombor ini, bukannya nombor kad sebenar digunakan supaya lebih selamat. |
Apple Pay & Privasi | Lihat Polisi Privasi Apple Pay. |