Cari latihan dan meditasi dalam Apple Fitness+
Apple Fitness+ boleh membantu anda mencari latihan, meditasi atau rutin yang berhasil untuk anda. Tab Teroka menampilkan katalog latihan, meditasi, program, koleksi, petua jurulatih dan banyak lagi.
Layari latihan dan meditasi

Pergi ke app Kecergasan
pada iPhone, iPad atau Apple TV 4K, kemudian (pada iPhone) ketik Fitness+.Lakukan satu daripada berikut:
Pada iPhone atau iPad: Ketik Teroka.
Pada Apple TV 4K: Buka bar sisi, kemudian pilih Teroka.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Layari aktiviti ditampilkan: Navigasi ke kiri atau kanan di bahagian atas skrin untuk melayari latihan, meditasi, program dan koleksi ditampilkan.
Layari mengikut jenis aktiviti: Navigasi ke bawah ke baris Activity Types, kemudian navigasi ke kiri atau kanan.
Layari latihan dan meditasi baharu: Navigasi ke bawah ke baris Workouts atau Meditation.
Cuba sesuatu yang baharu: Navigasi ke bawah ke kategori seperti Artist Spotlight atau Music Spotlight.
Layari petua jurulatih: Navigasi ke bawah ke baris Trainer Tips. Petua jurulatih ialah video pendek yang menampilkan pembayang berguna untuk kekal aktif dan sedar minda, demo untuk meningkatkan teknik serta nasihat untuk memastikan anda bergerak menuju ke matlamat anda.
Nota: Petua jurulatih tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Layari mengikut jurulatih: Navigasi ke bawah ke Fitness+ Trainers, kemudian pilih jurulatih untuk melihat latihan mereka dan tapis latihan mengikut jenis, tempoh dan genre muzik.
Petua: Semasa melayari mengikut jenis aktiviti atau jurulatih, anda boleh mengetik Isih pada iPhone atau iPad untuk menyusun pilihan anda mengikut jenis, jurulatih, masa atau muzik.
Apabila anda melayari, aktiviti yang telah anda lakukan mempunyai tanda semak
pada imej kecil.
Gunakan penapis untuk memilih latihan atau meditasi
Anda boleh menggunakan penapis untuk mencari latihan atau meditasi anda yang seterusnya dengan memperincikan episod mengikut jurulatih, tempoh, genre muzik dan banyak lagi.

Pergi ke app Kecergasan
pada iPhone, iPad atau Apple TV 4K, kemudian (pada iPhone) ketik Fitness+.Lakukan satu daripada berikut:
Pada iPhone atau iPad: Ketik Teroka.
Pada Apple TV 4K: Buka bar sisi, kemudian pilih Teroka.
Dalam baris Activity Types, pilih jenis aktiviti, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Pada iPhone atau iPad: Ketik Tapis, pilih sebarang penapis yang anda mahu gunakan, kemudian ketik
.Pada Apple TV 4K: Navigasi ke kategori (seperti Semua Tempoh atau Semua Muzik), kemudian pilih pilihan.
Untuk mengosongkan semua penapis, pilih Kosongkan Semua.
Nota: Jika anda tidak boleh memilih penapis, ia tidak berkenaan untuk aktiviti tersebut.
Cuba program latihan atau meditasi
Anda boleh meneroka program latihan dan meditasi yang membantu anda bermula dengan kecergasan, menjadi lebih kuat atau bersedia untuk sukan popular.
Nota: Program latihan dan meditasi tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau.

Pergi ke app Kecergasan
pada iPhone, iPad atau Apple TV 4K, kemudian (pada iPhone) ketik Fitness+.Lakukan mana-mana daripada berikut:
Pada iPhone atau iPad: Ketik Teroka.
Pada Apple TV 4K: Buka bar sisi, kemudian pilih Teroka.
Lakukan satu daripada berikut:
Navigasi ke Programs, kemudian navigasi ke kiri atau kanan untuk melihat semua pilihan.
Navigasi ke Programs to Get Started untuk melihat program yang membantu anda bermula atau kembali ke senaman atau meditasi.
Pilih program.
Setiap program menunjukkan jenis latihan dan bilangan episod.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Pratonton program: Pilih Pratonton untuk menonton video tentang matlamat program dan jenis latihan yang anda akan lakukan. Anda juga boleh membaca perihalan program untuk mengetahui lebih lanjut.
Mulakan episod daripada program: Pilih episod daripada senarai, kemudian pilih Jom untuk memulakan latihan, atau Mari Bermula untuk memulakan meditasi.
Untuk membantu anda kekal berada di tempat anda selepas melengkapkan episod dalam program, episod seterusnya dipaparkan secara automatik di bawah Latihan Seterusnya, tetapi anda boleh memilih sebarang episod pada bila-bila masa.
Terokai koleksi latihan atau meditasi
Anda juga boleh mencuba koleksi latihan atau meditasi untuk membantu anda mencapai matlamat, seperti meningkatkan keseimbangan anda dengan latihan kekuatan dan teras.

Pergi ke app Kecergasan
pada iPhone, iPad atau Apple TV 4K, kemudian (pada iPhone) ketik Fitness+.Lakukan mana-mana daripada berikut:
Pada iPhone atau iPad: Ketik Teroka.
Pada Apple TV 4K: Buka bar sisi, kemudian pilih Teroka.
Navigasi ke Collections, kemudian pilih koleksi.
Pilih episod daripada koleksi, kemudian pilih Jom untuk memulakan latihan, atau Mari Bermula untuk memulakan meditasi.