Gunakan Tindanan untuk mencipta sesi latihan dan meditasi tersuai
Dalam Apple Fitness+, anda boleh mencipta Tindanan, siri latihan atau meditasi yang anda boleh selesaikan berturut-turut. Tindanan membolehkan anda mencipta latihan panjang tersuai yang menyertakan aktiviti kegemaran anda. Contohnya, anda boleh mencipta tindanan dengan beberapa latihan intensif yang diikuti dengan meditasi sejuk badan.
Nota: Latihan dan meditasi audio Apple Fitness+ tidak tersedia dalam Tindanan.
Tambah aktiviti kepada Tindanan
Pergi ke app Kecergasan pada iPhone atau iPad, kemudian (pada iPhone) ketik Fitness+.
Ketik aktiviti, kemudian ketik di bahagian kanan atas.
Ketik Tambah Tindanan.
Petua: Anda juga boleh menyentuh dan menahan aktiviti, kemudian ketik Tambah ke Tindanan.
Mulakan Tindanan
Pergi ke app Kecergasan pada iPhone atau iPad, kemudian (pada iPhone) ketik Fitness+.
Ketik di penjuru kanan atas, kemudian ketik Jom untuk memulakan aktiviti pertama dalam tindanan anda.
Selepas anda menyelesaikan aktiviti dalam tindanan anda, ketik Jom untuk memulakan aktiviti seterusnya, atau ketik Selesai untuk kembali ke Apple Fitness+.
Ubah suai Tindanan anda
Selepas anda selesai menambahkan aktiviti kepada tindanan, anda boleh membuat pengubahsuaian pada bila-bila masa sebelum anda menyimpan tindanan ke pustaka anda.
Pergi ke app Kecergasan pada iPhone atau iPad, kemudian (pada iPhone) ketik Fitness+.
Ketik di penjuru kanan atas, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Padamkan aktiviti daripada tindanan anda: Leret kiri pada aktiviti, kemudian ketik Padam.
Susun semula aktiviti dalam tindanan anda: Seret ke atas atau bawah bersebelahan aktiviti.
Kosongkan tindanan anda: Ketik , kemudian ketik Kosongkan Tindanan.