Lihat butiran dan mulakan latihan atau meditasi dalam Apple Fitness+
Anda boleh memulakan latihan atau meditasi Apple Fitness+ daripada iPhone atau iPad anda. Selepas memulakan latihan, anda boleh menjeda dan meneruskan pada bila-bila masa dan menyemak ringkasan latihan di penghujung.
Mulakan latihan atau meditasi pada iPhone atau iPad

Pergi ke app Kecergasan
pada iPhone atau iPad, kemudian (pada iPhone) ketik Fitness+.Pilih latihan atau meditasi.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program latihan, cadangan pintar dan banyak lagi, lihat Cari latihan dan meditasi dalam Apple Fitness+.
Sebelum anda memulakan latihan atau meditasi, anda boleh menonton pratonton aktiviti, melihat lagu yang ditampilkan dalam latihan atau meditasi, melayari latihan berkaitan dan banyak lagi.
Ketik Jom untuk memulakan latihan, atau Mari Bermula untuk memulakan meditasi.
Untuk menstrim latihan atau meditasi anda ke peranti AirPlay seperti TV atau HomePod, ketik skrin semasa latihan, ketik
, kemudian pilih destinasi.Ketik
pada iPhone, iPad atau Apple Watch.Selepas kira detik singkat, latihan atau meditasi bermula.
Nota: Jika anda memulakan latihan Treadmill, pilih Berlari atau Berjalan untuk mendapatkan metrik yang paling tepat.
Jika anda tidak memakai Apple Watch, anda masih boleh memulakan aktiviti, tetapi metrik anda (seperti kalori dibakar) tidak dikumpulkan. Ketik Berlatih Tanpa Jam untuk memulakan latihan.
Jika anda memakai AirPods Pro 3, Powerbeats Pro 2 atau monitor kadar jantung pihak ketiga yang didayakan Bluetooth®, anda boleh memulakan aktiviti dan melihat metrik seperti kadar jantung, kalori dibakar dan Bar Bakar anda. Ketik Berlatih Tanpa Jam untuk memulakan latihan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Jejak kadar jantung anda semasa latihan dengan AirPods Pro 3 dalam Panduan Pengguna AirPods.
Petua: Dalam latihan, jurulatih di sebelah kiri menunjukkan pengubahsuaian untuk memberi anda pilihan, seperti versi impak lebih rendah atau julat pergerakan yang lebih kecil.
Mulakan latihan atau meditasi pada Apple TV 4K
Pergi ke app Kecergasan
pada Apple TV 4K.Pilih latihan atau meditasi di mana-mana sahaja dalam app Kecergasan.
Sebelum anda memulakan latihan atau meditasi, anda boleh menonton pratonton aktiviti, melihat lagu yang ditampilkan dalam latihan atau meditasi, melayari latihan berkaitan dan banyak lagi.
Pilih Jom untuk memulakan latihan, atau Mari Bermula untuk memulakan meditasi.
Apabila anda bersedia, pilih butang Main yang kelihatan, atau ketik
pada peranti bersambung anda.Selepas kira detik singkat, latihan atau meditasi bermula.