Gabungkan latihan dan meditasi dengan Tindanan dalam Apple Fitness+
Dalam Apple Fitness+, anda boleh mencipta Tindanan, siri latihan atau meditasi yang anda boleh selesaikan berturut-turut. Tindanan membolehkan anda mencipta sesi latihan lebih panjang yang menyertakan aktiviti kegemaran anda. Contohnya, anda boleh mencipta Tindanan dengan latihan berbeza, diikuti oleh Sejuk Badan Sedar Minda atau Meditasi.
Nota: Latihan dan meditasi audio Apple Fitness+ tidak tersedia dalam Tindanan.

Cipta Tindanan
Pergi ke app Kecergasan
pada iPhone, iPad atau Apple TV 4K, kemudian (pada iPhone) ketik Fitness+.Lakukan satu daripada berikut:
Pada iPhone atau iPad: Ketik latihan atau meditasi, kemudian ketik
di bahagian kanan atas.Pada Apple TV 4K: Pilih latihan atau meditasi, kemudian pilih “Tambah ke”.
Pilih Tambah ke Tindanan.
Petua: Anda juga boleh menyentuh dan menahan (pada iPhone atau iPad) atau tekan dan tahan pad klik atau permukaan sentuh pada kawalan jauh anda (pada Apple TV 4K), kemudian pilih Tambah ke Tindanan.
Jika anda mahu melihat Tindanan anda semasa anda melayari aktiviti, ketik
, kemudian ketik Lihat Tindanan Semasa.
Mulakan Tindanan
Pergi ke app Kecergasan
pada iPhone, iPad atau Apple TV 4K, kemudian (pada iPhone) ketik Fitness+.Lakukan satu daripada berikut:
Pada iPhone atau iPad: Ketik
.Pada Apple TV 4K: Buka bar sisi, kemudian pilih Tindanan.
Pilih Jom.
Selepas anda melengkapkan aktiviti dalam Tindanan anda, pilih Jom untuk memulakan latihan atau meditasi seterusnya, atau ketik Selesai untuk kembali ke Apple Fitness+.
Edit Tindanan anda pada iPhone atau iPad
Selepas anda selesai menambahkan aktiviti kepada Tindanan, anda boleh membuat pengubahsuaian pada bila-bila masa sebelum anda menyimpan Tindanan ke pustaka anda.
Pergi ke app Kecergasan
pada iPhone atau iPad, kemudian (pada iPhone) ketik Fitness+.Ketik
, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:Susun semula item dalam Tindanan anda: Seret
ke atas atau bawah bersebelahan aktiviti.Padamkan item dalam Tindanan: Leret kiri pada aktiviti, kemudian ketik Padam.
Kosongkan semua item dalam Tindanan semasa: Ketik
, kemudian ketik Kosongkan Tindanan.
Edit Tindanan anda pada Apple TV 4K
Pergi ke app Kecergasan
pada Apple TV 4K.Buka bar sisi, kemudian pilih Tindanan.
Pilih
, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:Susun semula item dalam Tindanan anda: Pilih Edit Tindanan, pilih
, kemudian alihkan aktiviti ke atas atau bawah.Padamkan item dalam Tindanan: Pilih Edit Tindanan, kemudian pilih
.Kosongkan semua item dalam Tindanan semasa: Pilih Kosongkan Tindanan.