Langgan Apple Fitness+
Anda boleh melanggan Apple Fitness+ dalam app Kecergasan pada iPhone, iPad atau Apple TV 4K anda. Anda boleh memilih untuk mempakejkan langganan Apple Fitness+ anda dengan perkhidmatan Apple lain dengan melanggan Apple One Premier. Lihat artikel Sokongan Apple Pakejkan langganan Apple dengan Apple One.
Nota: Apple Fitness+ dan Apple One Premier tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Langgan Apple Fitness+ pada iPhone atau iPad
Pergi ke app Kecergasan
pada iPhone atau iPad, kemudian (pada iPhone) ketik Fitness+.Ikuti arahan atas skrin untuk mendaftar masuk ke Akaun Apple anda dan mengesahkan langganan anda.
Pilih sehingga lima aktiviti yang anda berminat, kemudian ketik Mulakan (atau ketik Langkau).
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti, ketik
.
Langgan Apple Fitness+ pada Apple TV 4K
Pergi ke app Kecergasan
pada Apple TV 4K.Pilih butang langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk mendaftar masuk ke Akaun Apple anda dan sahkan langganan anda.
Batalkan langganan Apple Fitness+ anda
Lakukan satu daripada berikut:
Pada iPhone: Pergi ke app Kecergasan, ketik Ringkasan, ketik gambar profil anda di penjuru kanan atas, ketik [nama akaun], kemudian ketik Apple Fitness+.
Pada iPad: Pergi ke app Kecergasan, ketik gambar profil anda di penjuru kanan atas, ketik [nama akaun], kemudian ketik Apple Fitness+.
Pada Apple TV 4K: Pergi ke app Seting, pilih Profil dan Akaun, pilih [profil pengguna], pilih Langganan, kemudian pilih langganan.
Ikuti arahan atas skrin untuk menukar atau membatalkan langganan anda.
Jika anda melanggan Apple Fitness+ sebagai sebahagian daripada langganan Apple One Premier dan mahu membatalkan langganan anda, lihat artikel Sokongan Apple Jika anda mahu membatalkan langganan daripada Apple.
Kongsi langganan Apple Fitness+ anda dengan Perkongsian Keluarga
Apabila anda melanggan Apple Fitness+ atau Apple One Premier, anda boleh menggunakan Perkongsian Keluarga untuk berkongsi langganan anda dengan sehingga lima orang ahli keluarga lain. Apple Fitness+ tersedia secara automatik untuk mereka pada kali pertama mereka pergi ke app Kecergasan selepas langganan anda bermula. Setiap orang mendapat pengalaman Fitness+ mereka sendiri.
Jika anda menyertai kumpulan keluarga yang melanggan Apple Fitness+ atau Apple One Premier dan anda telah melanggan, langganan anda tidak diperbaharui pada tarikh pengebilan anda yang seterusnya; sebaliknya, anda menggunakan langganan kumpulan. Jika anda menyertai kumpulan keluarga yang tidak melanggan, kumpulan tersebut menggunakan langganan anda.
Nota: Untuk berhenti berkongsi langganan Apple Fitness+ anda dengan kumpulan keluarga, anda boleh mengeluarkan ahli daripada kumpulan Perkongsian Keluarga. Lihat Tinggalkan atau keluarkan ahli daripada kumpulan Perkongsian Keluarga dalam Panduan Pengguna iPhone.