Sesuaikan pengalaman anda semasa latihan atau meditasi dalam Apple Fitness+
Dalam Apple Fitness+, gunakan kawalan main balik untuk memainkan atau menjeda latihan atau meditasi, menukar metrik atas skrin dan banyak lagi. Anda boleh mengesetkan keutamaan audio seperti memilih untuk fokus pada sama ada suara jurulatih atau muzik semasa latihan atau mengaktifkan pembayang audio yang menyediakan kiu dituturkan untuk menerangkan perkara yang jurulatih sedang lakukan. Anda juga boleh menukar bahasa audio dengan audio dialih suara dan mengaktifkan kapsyen serta sari kata standard.
Sesetengah latihan juga memaparkan Bar Bakar, yang menunjukkan cara metrik anda dibandingkan dengan orang lain yang telah menyelesaikan latihan itu sebelum ini. Lebih banyak kalori yang anda bakar, lebih tinggi kedudukan anda pada Bar Bakar. Kedudukan anda pada Bar Bakar disimpan dalam ringkasan latihan anda bersama dengan metrik anda yang lain.
Jika anda mempunyai Apple Watch, anda boleh menjejak kadar jantung, kalori dibakar dan Bar Bakar anda—dan melihat ketiga-tiga gelang Aktiviti pada skrin. Jika anda memakai AirPods Pro 3, Powerbeats Pro 2 atau monitor kadar jantung pihak ketiga yang didayakan Bluetooth, anda boleh menjejak kadar jantung, kalori dibakar dan Bar Bakar anda.
Gunakan kawalan main balik
Semasa latihan atau meditasi, lakukan satu daripada berikut untuk menunjukkan kawalan main balik:
Pada iPhone atau iPad: Ketik skrin. Untuk menyembunyikan kawalan main balik, ketik skrin sekali lagi.
Pada Apple TV 4K: Letakkan jari anda pada pad klik atau permukaan sentuh, atau tekan atas pada gelung pad klik. Untuk menyembunyikan kawalan main balik, tekan
atau
.
Kawalan | Perihalan | ||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Main | |||||||||||
Jeda | |||||||||||
Strim latihan atau meditasi ke peranti lain | |||||||||||
Mulakan Gambar dalam Gamber—anda boleh teruskan menonton latihan atau meditasi semasa anda menggunakan app lain | |||||||||||
Henti main balik | |||||||||||
Tukar metrik atas skrin
Semasa latihan, anda boleh menjejak kemajuan anda atas skrin untuk setiap gelang anda, semuanya ditunjukkan pada masa nyata. Anda juga boleh menukar metrik daripada Apple Watch yang anda lihat pada skrin semasa latihan. Seting metrik diselaraskan dalam app Kecergasan pada semua peranti Apple anda yang mendaftar masuk ke Akaun Apple anda.
Nota: Pelanggan Apple Fitness+ yang menggunakan AirPlay untuk melihat latihan mereka boleh mendapatkan metrik peribadi masa nyata daripada Apple Watch mereka pada paparan yang serasi.
Pergi ke app Kecergasan
pada iPhone, iPad atau Apple TV 4K, kemudian (pada iPhone) ketik Fitness+.Mulakan latihan atau meditasi pada iPhone atau iPad atau Apple TV 4K.
Semasa latihan atau meditasi, tunjukkan kawalan main balik, kemudian pilih
.Lakukan mana-mana daripada berikut:
Nyahaktifkan semua metrik: Pilih Tunjukkan Metrik.
Metrik anda masih dikumpulkan, tetapi ia tidak dipaparkan.
Tukar cara masa dipaparkan: Di bawah Masa, pilih Tak Aktif, Tunjukkan Masa Berlalu atau Tunjukkan Baki Masa.
Menyahaktifkan Masa masih menunjukkan pemasa untuk selang.
Nyahaktifkan Bar Bakar: Nyahaktifkan Bar Bakar.
Jika anda menyahaktifkan Bar Bakar, latihan anda tidak menyumbang kepada bar bakar komuniti dan anda tidak melihat kedudukan anda di hujung latihan anda.
Laraskan audio
Pergi ke app Kecergasan
pada iPhone, iPad atau Apple TV 4K, kemudian (pada iPhone) ketik Fitness+.Mulakan latihan atau meditasi pada iPhone atau iPad atau Apple TV 4K.
Semasa latihan atau meditasi, tunjukkan kawalan main balik, pilih
, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:Aktifkan pembayang audio: Pilih Pembayang Audio, kemudian pilih Aktif. Untuk melaraskan kelajuan, pilih kelajuan yang anda mahu.
Laraskan fokus audio: Pilih Fokus Audio, kemudian pilih Jurulatih atau Muzik.
Nota: Fokus Audio tidak tersedia dalam latihan Masa Berjalan dan Masa Berlari, atau dalam meditasi audio dan video.
Tukar bahasa audio
Semasa latihan atau meditasi, apabila anda memilih bahasa audio selain Bahasa Inggeris, anda boleh mendapatkan audio yang dialih suara menggunakan versi dijana suara jurulatih dalam bahasa tersebut (Tersedia dalam bahasa Sepanyol, Jerman dan Jepun dengan iOS 26.1, iPadOS 26.1, tvOS 26.1 atau lebih baharu untuk latihan dan meditasi terpilih).
Nota: Untuk episod Masa Berlari terpilih, alih suara audio tersedia dalam bahasa Sepanyol dan Jerman dengan iOS 26.1, iPadOS 26.1, watchOS 26.2 atau lebih baharu. Untuk meditasi audio terpilih pada Apple Watch, alih suara audio tersedia dalam bahasa Sepanyol, Jerman dan Jepun dengan watchOS 26.2 atau lebih baharu.
Pergi ke app Kecergasan
pada iPhone, iPad atau Apple TV 4K, kemudian (pada iPhone) ketik Fitness+.Mulakan latihan atau meditasi pada iPhone atau iPad atau Apple TV 4K.
Semasa latihan atau meditasi, tunjukkan kawalan main balik, kemudian pilih
.Pilih bahasa di bawah Trek Audio.
Anda juga boleh menukar bahasa audio dalam Seting pada iPhone atau iPad. Pergi ke app Kecergasan
, kemudian (pada iPhone) ketik Ringkasan. Ketik gambar profil anda di penjuru kanan atas, ketik Fitness+, ketik Bahasa Audio, kemudian pilih bahasa.
Aktifkan kapsyen dan sari kata
Semua latihan dan meditasi Apple Fitness+ menyokong kapsyen standard, serta sari kata untuk orang yang pekak dan kurang pendengaran (SDH).
Nota: Sari kata tidak tersedia dalam semua bahasa.
Pergi ke app Kecergasan
pada iPhone, iPad atau Apple TV 4K, kemudian (pada iPhone) ketik Fitness+.Mulakan latihan atau meditasi pada iPhone atau iPad atau Apple TV 4K.
Semasa latihan atau meditasi, tunjukkan kawalan main balik, kemudian pilih
.Pilih Sari Kata, kemudian pilih pilihan.






