

Sesuaikan Beats anda
App Beats memudahkan anda memberi nama yang mencerminkan gaya anda kepada fon telinga, fon kepala, atau speaker Pill+ Beats anda. App Beats juga boleh mencadangkan beberapa nama peranti yang menarik.

Ketahui kuasa anda
Anda mahu memulakan latihan? App Beats membantu memastikan fon telinga, fon kepala, atau speaker Pill+ Beats anda bertenaga seperti anda.

Sampaikan bunyi dengan cara yang anda mahukan
Gunakan app Beats untuk memilih mod pendengaran pada fon telinga Beats Studio Buds +, Beats Studio Buds, atau Beats Fit Pro anda, atau pada fon kepala Solo Pro atau Beats Studio Pro anda. Pilih Pembatalan Bunyi Aktif untuk menyekat bunyi luaran. Pilih Ketelusan untuk kekal sedar dengan persekitaran anda.

Tukar saluran
Gunakan app Beats untuk mencipta kumpulan stereo dengan dua speaker Pill+, satu untuk saluran audio kiri dan satu lagi untuk saluran audio kanan.