Fon telinga Beats Studio Buds +.

Buat sambungan

Anda boleh memasangkan Beats dengan peranti Apple atau Android anda untuk mendengar muzik, filem, mesej dan banyak lagi. Selepas anda menyediakan Beats anda dengan satu peranti (seperti iPhone anda), ia dipasangkan secara automatik dengan peranti lain anda yang anda daftar masuk ke akaun yang sama.

Pasangkan Beats anda

Fon kepala Beats Studio Pro.

Dengar dengan menekan

Dengan hanya menekan Beats sekali atau dua kali, anda boleh menjeda dan meneruskan main balik, melangkau trek muzik, melaraskan kelantangan, menukar mod kawalan bunyi, membuat dan menjawab panggilan, mengaktifkan Siri dan banyak lagi—semuanya tanpa mengangkat peranti lain.

Ketahui cara menggunakan Beats anda

Fon telinga Powerbeats Pro 2.

Temui rakan latihan baharu anda

Dibina untuk atlet, Powerbeats Pro 2 menampilkan sensor pemantauan kadar jantung dalam telinga yang membantu anda menyepadukan penjejakan prestasi dengan app latihan atau peralatan senaman kegemaran anda.

Gunakan monitor kadar jantung dengan Powerbeats Pro 2

Skrin app Cari pada iPhone menunjukkan lokasi Beats Fit Pro pada peta San Francisco.

Cari Beats anda

Gunakan app Cari pada peranti Apple untuk mencari dan mendapatkan arah ke Beats anda apabila ia hilang. Jika peranti anda berdekatan, anda boleh memainkan bunyi pada Beats anda bagi membantu anda mencarinya. Gunakan app Beats pada peranti Android untuk mencari Beats anda.

Cari Beats anda menggunakan peranti Apple anda

Cari Beats anda menggunakan peranti Android anda

Skrin kelantangan dalam Pusat Kawalan menunjukkan paras kelantangan untuk Beats Fit Pro dan pilihan untuk Audio Ruang.

Bunyi secara keliling

Asyikkan diri anda dengan bunyi seperti di dalam pawagam yang anda boleh bawa ke mana-mana sahaja. Pada Beats disokong, Audio Ruang dengan penjejakan kepala dinamik mengelilingi anda dengan bunyi semasa anda bergerak, mencipta pengalaman yang imersif daripada kandungan kegemaran anda.

Kawal Audio Ruang dan penjejakan kepala

Skrin peranti app Beats menunjukkan dua speaker Beats Pill disambungkan dalam kumpulan Stereo.

Gunakan app Beats untuk Android

Sesuaikan kawalan untuk pembatalan bunyi dan ketelusan, panggilan telefon atau mikrofon anda; namakan semula Beats anda atau pasangkan dua speaker Beats Pill; dapatkan peringatan cepat tentang ciri dan banyak lagi—semuanya pada skrin tunggal.

Gunakan app Beats

Untuk meneroka Panduan Pengguna Beats, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.