Sediakan dan pasangkan Apple Watch Ultra anda dengan iPhone
Untuk menggunakan Apple Watch Ultra anda dengan watchOS 9, anda perlu memasangkan jam anda dengan iPhone 8 atau lebih baharu dengan iOS 16 atau lebih baharu. Pembantu persediaan pada iPhone dan Apple Watch Ultra anda berfungsi bersama untuk membantu anda memasangkan dan menyediakan jam anda.
Jika anda menghadapi masalah untuk melihat Apple Watch Ultra atau iPhone anda, VoiceOver atau Zum boleh membantu—walaupun semasa persediaan. Lihat Gunakan Zum pada Apple Watch Ultra atau Sediakan Apple Watch Ultra menggunakan VoiceOver.
AMARAN: Untuk mengelakkan kecederaan, baca Maklumat keselamatan penting untuk sebelum menggunakan Apple Watch Ultra anda.
Hidupkan, pasangkan dan sediakan Apple Watch Ultra
Letakkan Apple Watch Ultra anda pada pergelangan tangan anda. Laraskan tali atau pilih saiz tali supaya Apple Watch Ultra anda muat rapat tetapi selesa pada pergelangan tangan anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar tali pada Apple Watch Ultra anda, lihat Keluarkan, tukar dan ketatkan tali Apple Watch.
Untuk menghidupkan Apple Watch Ultra anda, tekan dan tahan butang sisi sehingga anda melihat logo Apple.
Dekatkan iPhone dengan Apple Watch Ultra anda, tunggu skrin pasangan Apple Watch kelihatan pada iPhone anda, kemudian ketik Teruskan.
Atau buka app Apple Watch pada iPhone anda, kemudian ketik Pasangkan Jam Baharu.
Ketik Sediakan untuk Diri Sendiri.
Apabila digesa, tempatkan iPhone anda supaya Apple Watch Ultra anda kelihatan dalam pemidang tilik dalam app Apple Watch. Ini akan memasangkan dua peranti ini.
Ketik Sediakan Apple Watch, kemudian ikuti arahan pada iPhone dan Apple Watch Ultra anda untuk menyelesaikan persediaan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Apple Watch Ultra anda semasa ia diselaraskan, ketik Kenali Jam Anda. Anda boleh mengetahui perkara baharu, melihat petua Apple Watch dan membaca panduan pengguna ini pada iPhone anda. Selepas Apple Watch Ultra anda disediakan, anda boleh mencari maklumat ini dengan membuka app Apple Watch pada iPhone anda, kemudian mengetik Teroka.
Aktifkan perkhidmatan selular
Anda boleh mengaktifkan perkhidmatan selular pada Apple Watch Ultra semasa persediaan. Jika anda tidak mahu berbuat demikian, anda boleh aktifkannya kemudian dalam app Apple Watch pada iPhone anda. Lihat Gunakan Apple Watch Ultra dengan rangkaian selular.
Perkhidmatan selular tidak tersedia di semua rantau.
Menghadapi masalah untuk berpasangan?
Jika anda melihat muka jam semasa anda cuba untuk berpasangan: Apple Watch Ultra anda telah berpasangan dengan iPhone. Anda perlu memadamkan semua kandungan Apple Watch Ultra dan mereset seting terlebih dahulu.
Jika kamera tidak memulakan proses berpasangan: Ketik Pasangkan Apple Watch Secara Manual di bahagian bawah skrin iPhone dan ikuti arahan pada skrin.
Jika Apple Watch Ultra tidak berpasangan dengan iPhone: Lihat artikel Sokongan Apple Jika Apple Watch anda tidak bersambung atau berpasangan dengan iPhone anda.
Batalkan berpasangan Apple Watch Ultra
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian ketik Semua Jam di bahagian atas skrin.
Ketik bersebelahan Apple Watch yang anda mahu nyahpasangkan, kemudian ketik Batalkan Berpasangan Apple Watch.
Pasangkan lebih daripada satu Apple Watch
Anda boleh memasangkan Apple Watch lain dengan cara yang sama anda memasangkan Apple Watch pertama. Dekatkan iPhone dengan Apple Watch anda, tunggu skrin pasangan Apple Watch kelihatan pada iPhone anda, kemudian ketik Pasangkan. Atau ikuti langkah ini:
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian ketik Semua Jam di bahagian atas skrin.
Ketik Tambah Jam, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan lebih daripada satu Apple Watch dengan iPhone anda.
Bertukar kepada Apple Watch berlainan
iPhone anda mengesan Apple Watch dipasangkan yang anda sedang pakai dan bersambung kepadanya secara automatik. Hanya pakai Apple Watch berlainan dan angkat tangan anda.
Anda juga boleh memilih Apple Watch secara manual:
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian ketik Semua Jam di bahagian atas skrin.
Nyahaktifkan Tukar Auto.
Untuk melihat jika Apple Watch anda disambungkan ke iPhone anda, sentuh dan tahan bahagian bawah skrin jam, leret ke atas untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian cari ikon status Disambung .
Pasangkan Apple Watch Ultra ke iPhone baharu
Jika Apple Watch Ultra anda dipasangkan dengan iPhone lama anda dan kini anda mahu memasangkannya dengan iPhone baharu anda, ikuti langkah ini:
Gunakan Sandaran iCloud untuk menyandarkan iPhone yang kini dipasangkan dengan Apple Watch Ultra anda (lihat Panduan Pengguna iPhone untuk mendapatkan maklumat lanjut).
Sediakan iPhone baharu anda. Pada skrin App & Data, pilih untuk memulihkan daripada sandaran iCloud, kemudian pilih sandaran terbaharu.
Teruskan persediaan iPhone dan apabila digesa, pilih untuk menggunakan Apple Watch Ultra anda dengan iPhone baharu anda.
Apabila persediaan iPhone selesai, Apple Watch Ultra anda menggesa anda untuk memasangkannya dengan iPhone baharu. Ketik OK pada Apple Watch anda, kemudian masukkan kod laluannya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Cara memasangkan Apple Watch anda ke iPhone baharu.
Pindahkan pelan selular sedia ada ke Apple Watch Ultra baharu
Anda boleh memindahkan pelan selular sedia ada anda daripada Apple Watch dengan selular anda ke Apple Watch Ultra dengan mengikuti langkah ini:
Semasa memakai Apple Watch anda, buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, ketik Selular, kemudian ketik bersebelahan pelan selular anda.
Ketik Keluarkan Pelan [nama pembawa], kemudian sahkan pilihan anda.
Anda mungkin perlu menghubungi pembawa anda untuk mengeluarkan Apple Watch ini daripada pelan anda.
Tanggalkan Apple Watch anda, pakai Apple Watch Ultra anda, ketik Jam Saya, kemudian ketik Selular.
Ikut arahan untuk mengaktifkan jam anda untuk selular.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang persediaan dan berpasangan, lihat artikel Sokongan Apple Sediakan Apple Watch anda.
Jika anda perlu mengecas Apple Watch Ultra anda sebelum persediaan, lihat Cas Apple Watch Ultra.